Pada hari ini aku banyak masa. ( Sebab malas nak study..haha)
Ok, tadi kami habis kelas pukul 12 tengah hari dan kelas seterusnya pada pukul 3 petang. Jadi, gap yang agak lama tu. Lalu kami semua kaum hawa yang muslim lepak di surau. Tidak mengambil peluang tersebut untuk study atau menelaah pelajaran. Sebaliknya, berborak akan hal- hal dunia.( Ish3...)
Dalam borak punya borak, timbul soal kahwin. Kebanyakannya mengambil keputusan untuk habis belajar dulu baru kahwin, tapi bagi aku.. aku tak kisah. Aku redha saja. Bagi aku alam perkahwinan itu sesuatu yang indah jadi aku sebenarnya tal sabar untuk mengalaminya. Jangan salah faham, ini hanyalah pandangan peribadi.
Entah macam mana tiba- tiba keluar isu dosa perempuan.
Farah : Eh, korang nak tahu tak? Sebenarnya kan kita orang perempuan ini senang sangat nak amsuk syurga tau.
Kami : Kenapa?
Farah : Sebabnya, sebenarnya dosa kita ni walaupun kita dah baligh, ditanggung oleh ibu bapa kita.
Aku : Yeke? Setahu aku secara basicnya semua yang baligh akan tanggung dosa sendiri. It's just that apabila
seorang perempuan melakukan dosa, dosa-dosanya itu akan menarik semua lelaki yang berkaitan
dengannya.
Farah : Itu lah aku nak cakap. Menyampuk je.
Aku : Oh ek? Hehehe..sory2. Sila teruskan. ( tersengih- sengih )
Farah : Dosa seorang perempuan yang baligh yang masih bujang dosa- dosanya ditanggung oleh ibu
bapanya.
Macam Faz cakap tadi, bukan ditanggung sepenuhnya, tapi dosa- dosa tu akan menarik setiap lelaki
yang ada kaitan dengannya. Bapa, datuk, abang dan adik lelaki.
Kami : Yeke...
Farah : Sebab itu perempuan senang masuk syurga. Kalau dia dah berkahwin, dosanya akan menarik
suaminya pula. Sebab tu kita kalau nak buat dosa baik fikir banyak kali. Korang bayangkanlah,
seorang ibu yang menyisir rambut anaknya pun, boleh gugur dosa- dosa ibu tersebut. Punya senang
kan?
Aku : Sebenarnya, perempuanlah paling mudah masuk syurga, tapi kita aja yang kaum hawa ni mengada-
ngada and sengal sikit. Opportunity nak masuk syurga memang senang.
Farah : Betul, korang bayangkan eh. Korang taat ngan suami korang. And suami korang tak pernah terasa or kecil hati ngan ko. Korang dapat first class punya syurga tau!
Kami : Ferrrr
Aku : Bestnye kan.
Farah : Tapi, kat Neraka nanti penghuni yang paling ramai adalah perempuan.
Kami : ( masing- masing terkedu dan beristighfar )
Begitulah diskusi kami atau dalam bahasa saintifiknya usrah kami di surau yang berlaku secara tidak langsung.
Betapa mudahnya kita sebenarnya wahai kaum Hawa untuk peroleh Syurga. Tapi macam aku cakap tadi, kita saja yang ngada- ngada and sengal.
Moga- moga Ramadhan kali ini memberi kami semangat untuk menjadi muslimah yang solehah.
Aminn
=)
Salam Ramadhan everyone!
smile always!
4 comments:
amin...moga-moga begitu (^_^)
InsyaAllah =)
semoga Allah tempatkan kita dalam kalangan ahli syurga
InsyaAllah aminnn
Post a Comment