Pencanting tegar

8/10/10

Personal: Saya tiada masa!



Seringkali kita terdengar ayat ini bukan?
" Tak sempatlah, tak ada masa taw"


Tak ada masa?
Haih, semua orang ada 24 jam tapi mengapa saja kita orang yang terpilih untuk tak cukup masa?
Pelik bukan?

Manusia mencari seribu satu alasan atas sesuatu yang tak dapat dipenuhinya.
Ya, manusia seperti aku lah.
Tak sempat baca Quran setiap hari sebab banyak sangat assignment dan kelas yang pack!
Tak sempat nak study sebab banyak projek yang tak siap lagi.
Tak sempat itu kerana ini,
tak sempat ini keranan itu.

Insaflah kalian dan aku juga.
Rasulullah dahulu merupakan seorang pemimpin negara, bapa, suami, ketua tentera dan pemimpin umat Islam.
Ya, betapa besarnya dan betapa sibuknya kita boleh bayangkan keadaan baginda.
Tapi baginda bijak mengatur masa, dalam keadaannya sibuk baginda sempat juga beriadah dan bermesra denga keluarganya.
Sempat juga baginda mengatur strategi itu dan ini.
Dalam kesibukan itu, baginda tak pernah lupa untuk sibukkan diri beribadah kepadaNya.
Semakin sibuk baginda dengan urusan tanggungjawab dunia, semakin sibuklah baginda dengan ibadah kepada Allah.

Tapi mengapa kita menjadikan urusan dunia ini sebagai landasan alasan untuk kurang bersamaNya?
Kenapa 'tiada masa'?

Janganlah kita berkata tak ada masa lagi. Sebaliknya cubalah untuk meluangkan masa.
Buat sekadar yang termampu. Allah Maha Mengetahui.

Sekadar ingatan sempena bulan Ramadhan ini buat aku dan kawan- kawan semua.
Sama- sama kita renungkan.
=)

2 comments:

Shukri Mohd Ali said...

jangan sampai Tuhan tamatkan masa kita. kan? kan? kan?

salam ramadhan ya! (^_^)

fadzlina said...

ya!:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails