Pencanting tegar

8/15/10

Buku : Aku Terima Nikahnya =)


Semalam aku ke Tesco Ampang dengan mama untuk beli barangan asrama n barang2 dapur.
Dan aku pun beli juga beberapa helai tudung dan anak tudung.

Shopping punya shopping,
di penghujung shopping, mama kata
" Ina, mama nak singgah kedai tu jap"

Aku mengangguk tanpa menjawab dan terus mengekori mama sambil menolak troli yang berisi barangan kami tadi.
Mama nak pegi kedai jual buku islamik
Mama cakap apa ntah dengan pekedai tu, aku berdiri je kat depan sambil tengok- tengok buku yang dijualnya
Tiba- tiba mataku terpaku pada sebuah buku

" Aku Terima Nikahnya" by Hasrizal Abdul Jamil

Eh, buku nilah. Inilah buku yang Ustaz Hasrizal dok promote masa ceramah hari tu.
Lama aku berdiri sambil mataku memerhatikan buku itu.
Best ke buku ni? Macam best je?
Tapi kalau beli kan macam mama ingat aku ni nak sangat kahwin kan?
Malu la nanti.. aku cuma nak baca buku je..bukan ada niat apa- apa
Macam mana ni? Nak beli ke x?

Belum sempat soalan ku terjawab tiba- tiba aku tersentak dengan soalan mama
" Ha, Ina nak buku tu ke?"

"Err, buku ni Ustaz Hasrizal punya tau mama", aku berdolak dalih

" Kalau nak cakap ajela, berlapik- lapik pulak", kata mama sambil mengambil buku itu sambil tersenyum.
Mama pun bayar buku itu bersama buku yang pilihannya.


Aku tak sabar nak baca buku ini.
Sampai saja di rumah, aku terus buka tudung masuk ke bilik dan membuka buku ini.
Fokusnya aku sampai tak sedar dah petang.
Tiba masa untuk sediakan juadah berbuka puasa.

Buku ini sangat sesuai untuk remaja yang yang sedang mencari 'cinta' dan dalam kesepian lalu diisikan dengan cinta- cinta monyet yang tiada masa depan.
Malahan buku ini tersangat- sangat ber,manfaat terutamanya bagi pasangan yang baru berkahwin. Banyak ilmunya. Maka aku sangat syorkan bukan saja kepada pasangan pengantin baru, tetapi pada remaja juga.

Buku ini tidak rigid kepada kasih sayang antara suami isteri sahaja, tetapi juga cinta antara hamba kepada Tuhannya, cinta antara anak kepada kedua ibu bapanya, dan peranan sebenar seorang manusia dalam memanifestasikan cintanya terhadap hidupan sekelilingnya.

selamat membaca.
=)

3 comments:

Adi Wahab said...

Salam alaik..ina..

bagus2..
jangan lupa beli buku yang kedua,
"Bercinta Sampai Syurga"

and buku yg ketiga,
"Murabbi Cinta"

bagus jugak..
prepared to be muslimah solehah, wife and mother for ur community, husband and children.

***Lelaki yang berjaya menempa sejarah..kejayaannya mesti ada seorang wanita yg hebat dibelakangnya.itulah kaum kamu.

***wanna to see the great ina...

CKB said...

tahu..ade jual mase tu
tp nk try bce buku ni dulu sbb ustaz dok promote mse dye ceramah hr tu..

InsyaAllah akan bace buku2 yang seterusnya pulak

*i also looking forward to see the new me
thanks tau. =)

CKB said...

tahu..ade jual mase tu
tp nk try bce buku ni dulu sbb ustaz dok promote mse dye ceramah hr tu..

InsyaAllah akan bace buku2 yang seterusnya pulak

*i also looking forward to see the new me
thanks tau. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails