Pencanting tegar

7/30/10

personal: Jatuh


Bermulanya anjakan paradigma diri. Tapi ternyata tak sekuat hati.
Bukannya aku tak tahu, memangnya aku mahu. Bukan mudah nak jadi baik ni.
Orang melihat aku seolah- olah aku ini malaikat, tak punya salah baik itu sinonim denganku.
Namun,

hakikat yang sebenar tersembunyi menjadi rahsia antara aku denganNya.
Keadaan menjadi baik apabila bersama teman- teman yang tak putus- putus menyokong perjuanganku
namun apabila pulang ke rumah, kembali ke kehidupan asal, aku menjadi keliru
Yang konsisten sebelumnya terhenti, yang baru diusahakan jauh ditinggalkan.
Sungguhlah aku hanyalah manusia. Iman punya pasang surutnya.

Aku tekad menahan nafsu, memalingkan wajah, menyembunyikan rasa demi menjaga cintaku padaNya.
Takut sekali andai aku melukaiNya lalu berpaling dariku. Oh, tolong jangan tinggalkan aku.
Tapi ternyata aku hanya manusia biasa
Biasa sebiasanya.

Dalam kesibukan dunia kerap terlupa untuk sibuk bersamaNya.
Dalam kekhusyukan belajar aku lupa untuk khusyuk padaNya.
Sememangnya dasar manusia tak sedar diri. Itulah aku.

Entah mengapa hampir kecundang lagi, tapi Allah menggerakkan hati ini untuk kembali.
Terima kasih ya Allah.

Selalu kita harapkan cuti sem untuk berehat menenangkan fikiran.
Tapi menjadi hamba Allah tidak pernah ada cuti, dalam kesibukan berkhidmat untukNya kita dilimpahi rasa tenang dan bonus nikmat iman melimpah ruah.
Takkan kita nak tolak bonus macam tu saja bukan?
Sudahla tiada stress, dapat pulak bonus iman tingkat pula pahala.
Masih lagi tak mahukah?
Tak mahukah kita berlepak2- lepakan di Syurga dengan hanya berbekalkan dengan certificate iman dan award2 pahala yang banyak?
Fikir- fikirkan.

Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah

Aku masih manusia. Jangan disalah tafsir segala perlakuanku. Ingatlah, aku hanya manusia.

3 comments:

velasrizal said...

adat la tu bila jatuh..

Pendidikan Percuma Untuk Kakitangan Kerajaan ?

Shukri Mohd Ali said...

semoga Tuhan memberikan anda kekuatan untuk bangkit =)

fadzlina said...

trima ksih =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails