Pencanting tegar

7/24/10

Happy Birthday dan FT

Salam sekali lagi.Entri kedua buat hari ini. Terlalu banyak masa agaknya.hehe

20 Julai 1990. Tarikh lahirnya aku ke dunia dari kalendar Masihi. Aku menerima lebih dari 100 wishes. Alhamdulillah. 20 juga akhirnya. Selamat tinggal belasan tahun yang oenuh onak dan duri. Selamat tinggal belasan tahun yang penuh pancaroba. Selamat tinggal belasan tahun yang penuh dosa..

Hari ini. 24 Julai 2010. Aku sudah mahu pulang ke kolej. Sebelum itu menghantar adikku ke rumah kawannya. Katanya mahu siapkan assignment. Alhamdulillah. Sudah besar adikku rupanya. *senyum*

Setelah bersalam denganku, sempat dia mengingatkan aku.
" Ina, jangan lupa tengok hadiah yang Iya letak dalam beg Ina tu tau."

" Hadiah apa?"

Sengih. " Alaa, Ina tengok ajelah.hehe. Bye2 Ina.Tc"

" Yelah, baik- baik tau. Tc"

Tak sempat 1 meter adikku berlalu, aku sudah menyelongkar begku untuk mencari hadiah yang diperkatakannya. Tak jumpa. Mana ni? Cari lagi. Akhirnya, aku naik fade up terus muntahkan segala isi perut begku ke atas kerusi kereta. Selongkar. Terjah!

Mataku terpaku pada sekeping kad. Siap bersampul lagi. Aku ambil dan melihat sampulannya. *sengih*
" Kepada : Kakakku Nur Fadzlina Binti Abu Talib " dalam bahasa Jerman
Siap dengan alamat setem bagai. Hehe. Kreatif sungguh adikku seorang ini.

Aku buka sampulannya. Cantik kad itu.

sampul kad 

muka depan

isi dalamnya =)

siap ada lukisan lagi!

Tersenyum membaca setiap kata- kata di dalamnya.

" Dear my beloved sister Ena, wishing you happy 20th birthday!! May your life could be happier as your age!"

Dan lukisan karakter aku. " My sister is the uber gurl" ( dalam bahasa Jerman )

Teharu. Tersentuh.
Siapa sangka adikku yang orang dok kutuk2 dulu, seorang autistic. Kini mampu punya perasaan dan mampu berlagak seperti manusia biasa. Sudah dewasa.

Tanpa ku sedar, air mata mengalir dalam senyuman terukir halus.
She has grown up just before my eyes. Hope she can survive in this cruel world when we have gone.

* Thanks Iya, ily sis!

************


FT = Faizal Tahir

suka sangat dengan suaranya. Lebih suka ketika dia dalam Mirwana. Cukup innocent.
Dengarkan lah lagu Hikmah Kembara by Mirwana ni
Imejnya ketika ini cukup menyenangkan. =)




=)

2 comments:

fndrocka said...

FT masuk Mirwana unuk tolong kawan2 Mirwana..sebenarnya dia nak nyanyi Rock iye dak..dia ptut buat satu lagu featuring Mirwana lah..baru mantap

CKB said...

btul2..ske sgtttt

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails