aku punya seorang sahabat
katanya tidak mahu berkahwin ( dia adalah seorang jejaka =D)
adalah cukup pelik bagiku kerana seorang jejaka sepertinya tidak mahu berkahwin
katanya dia tak mahu punya apa2 komitmen dengan perempuan selain dari keluarganya
katanya takut kecewa dan terluka lagi
aku hanya mampu tersenyum apabila membaca setiap mesej2nya di chatbox FB
dalam hatiku terdetik
pastinya lelaki ini seorang yang setia, jujur dan tak mahu melukai dan dilukai
lelaki ini adalah lelaki yang baik
sayang sekali jika dibiarkan solo hingga ke tua..
huhu
semalam ketika berjogging..aku terfikir satu perumpamaan yang mungkin bisa merobah hati jejaka ini
=)
katakan kita seperti pokok umpamanya
ya..pokok
ketika masih pucuk lagi. kita ditanam di tanah yang sehat
dijaga dengan rapi oleh pekebun ( ibu bapa kita )..makan minum perlindungan cukup segalanya
dalam proses membesar.. kita selalu jatuh rebah ke bumi apabila ditiup angin nan kuat ( halangan hidup )
namun pekebun tadi tegar menyokong kita dengan pelbagai cara demi melihat kita membesar dengan moleknya
untuk membesar kita perlu akar yang kuat ( pegangan hidup : agama n prinsip hidup )
supaya jika adanya angin yang menolak ke kiri dan ke kanan.. kita masih bisa berdiri dengan gah
pekebun tadi tak jemu2 menyiram dengan air yang cukup ( didikan agama n sbgnya )
ketika kita sudah besar dan dewasa.. kulit badan sudah tebal.. badan sudah lebar,, tapak sudah kukuh
pekebun tadi mengurangkan siri penjagaan mereka sebab mereka tahu kita sudah besar dan kita boleh berdikari
alam keremajaan dan kedewasaan pun kita lalui
pelbagai dugaan yang diterima
kadang2 badan ini ditoreh ( hati terluka ) dicucuk2 oleh sang burungan
namun kita masih teguh berdiri
kenapa? sebab kita pokok dewasa..tapak sudah kukuh.. badan sudah lebar.. dahan nan mencabang luas ( pengetahuan )
( faham x ape yang aku cuba sampaikan? faham x? =D )
apalah sangat luka yang ditoreh itu jika dibandingkan dengan tubuh kita yang besar kurniaan Ilahi ini?
kenapa perlu rasa sakit berpanjangan?
kenapa perlu berputus asa?
rahmat Allah itu terlalu luas
kenapa kita tak nak mengharap lagi?
kenapa nak terus kecewa?
kenapa nak serik?
kenapa takut bercinta?
cinta itu Allah yang beri
sucinya, tulusnya bergantung kepada keikhlasan individu
pasrah terhadap Allah atas segalanya
insyaAllah hati ini takkan terluka lagi
=)
aku tak nak berputus asa
putus cinta memang sakit..memang pedih
tapi itu tak bermakna aku berputus asa untuk mendirikan rumah tangga
hahaha
buat masa ini tiada lelaki yang bisa menawan hati ini
tapi lelaki kat atas ini dah berjaya menggoda aku
ciz2!!
TOM KAULITZ.. marry me?
heeeeee
( paham x post kali ni? paham x? )
No comments:
Post a Comment