Pencanting tegar

6/18/10

Saya Suka Imam Muda =)


assalamualaikum

Hari Jumaat..adalah hari yang istimewa buatku. lebih istimewanya apabila jam menunjukkan pukul 9.00 malam. hehe. program Imam Muda

tiada lagi kata yang boleh diluahkan lagi selain dari senyuman ringkas terukir di bibir tatkala melihat wajah- wajah tenang peserta- peserta program tersebut.


sememangnya aku sudah bosan dengan program realiti seumpama Akademi Fantasia, Mentor dan segala macam apa lagi program realiti hiburan yang tak lebih hanya membazirkan duit undi sana sini. Asyik- asyik menyanyi, walhal suara bukannya enak sangat apalagi tiadapun bakat yang ingin dipamerkan.

Aku kira masyarakat kini dahagakan ilmu dan makanan kerohanian, rancangan yang menjana fikiran.
Namun, kulihat majoriti kini tak kira tua muda, nenek atuk, pak long dan adik semuanya terlolong terlalak sana sini demi mencapai gelaran yang dipuja iaitu 'ARTIS'.

Dengan adanya program seumpama ini, aku harap ada lebih banyak lagi pihak- pihak yang menganjurkan program berunsurkan kerohanian seperti.
terlalu banyak hiburan dan kelalaian yang dicucuk di tabur dalam minda remaja
Jadi biarlah program seperti ini pula yang mengambil alih
Kerana yang mebentuk peribadi, akhlak bukannya pekikan lolongan suara pitching tone semua
Tapi alunan ayat- ayat suci yang meruntun jiwa
ingatan balasan akhirat yang berterusan

kerana aku sebenarnya takut
terlalu takut
untuk menghadapi hari itu
takut andainya aku diletakkan dalam golongan yang kiri.
Nau'zubillahminzalik

muke letih dan gemok..huuuuuuu

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails