Pencanting tegar

5/3/10

Malaysia dan orang bodoh di dalamnya


Malaysia
tanah airku yang tercinta
walau kau diasak dengan pelbagai rupa
kau masih Malaysia
pelbagai slogan dan propaganda
pelbagai rima dan muzika
dicipta sebagai penunjuk setia cinta
namun ternyata itu tidak lebih dari kata- kata

rasa cinta tidak terbit hanya di bibir
tidak terbit hanya di layar- layar
tidak jua muncul hanya tatkala 31 Ogos menjelma
sorakan dan laguan
perbarisan dan prosa- prosa
bukan! bukan!

PLKN bukan sekadar suka- suka
itu tandanya kamu sedia sebagai tentera
pertahan negara demi cinta

JALUR GEMILANG bukan sekadar bendera
bukan sekadar kain dicat simbol negara
ia adalah lambang maruah dan tenaga
setiap insan di bawah naungannya

namun Malaysia tanah airku
ku lihat sini sana
kiri kanan depan belakang
di mana Mak Minah, Pak Abu, Ah Seng, Ravinathan?
kini kulihat hanya Wak Sukarjo, Melatina Ria serta Jane Fernandez, Clarissa Jayapagal..
siapa mereka?
bahasa mereka ku tidak faham.
terasa di luar negara tatkala berada di Chow Kitt
bukankah aku di Malaysia yang ku banggakan itu?

sedarlah kalian
ini negara kita
kenapa takut di negara sendiri?
kenapa bersembunyi di tanah sendiri?
kenapa kau berlari di tanah permainan mu?
di mana penguatkuasa??
taman tempat tinggalku umpama di Jalan Jakarta
siapa mereka?
kenapa mereka sungguh bebas?
kenapa mereka yang bekerja?
kenapa mereka yang berniaga?
kenapa mereka yang kita bergantung harap?
kenapa bukan orang kita?
di mana anak- anak muda??

jawapan
mereka sedang berlepakan di pasaraya
berpakaian gah tunjuk terer
tenaga yang ada diguna bergasak sesama mereka
bodohnya
sedangkan negara membutuhkan mereka
bodohnya
tenaga dibazirkan begitu saja
cerdik intelek memberi khidmat di tanah lain
lagi bodoh
negara sendiri perlukan mereka
khidmat mereka di tempat lain
bodoh! bodoh!

aku cintakan Malaysia
jadi aku ingin belajar, bekerja dan berjaya bukan hanya atas tuntutan fardhu kifayah sahaja
tapi menegakkan siapa Malaysia
siapa bersama aku?
kita kehadapan pantang berpaling
semangat patriotik bukan sekadar laungan
tapi baraan dalam jiwa

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails