Pencanting tegar
4/26/10
i've learnt my lesson..u?
aku buka facebook
aku meneroka setiap aktiviti rakan2ku
tiba2 aku terpandang satu profile milik manusia yang punya sejarah denganku dahulu
aku buka tumblr nya
aku lihat gmbar2 di dalamnya
Alhamdulillah
dia sudah memakai tudung
aku baca setiap isi tumblr nya
Subhanallah
betapa aku terharu dengan perubahan dirinya
sungguh ku tak menyangka
dulunya seorang yang menjengkelkan
kini dia menjadi seorang yang ku rasa lebih baik dariku
ingin saja aku memeluknya dan memohon maaf berkali- kali atas kesalahan dulu
tapi dia sudah memaafkan aku katanya
dia juga memohon kemaafan
betapa baiknya dia
ya Allah..begitu hebat kuasaMu
sekelip mata dia berubah
******
manusia bisa berubah
jangan mudah mencerca
jangan terus menerpa
jangan terus mengata
jangan terus membangga
hormatilah setiap manusia di sekelilingmu
walau sejelik manapun dia
walau seteruk manapun perangainya
selagi dia tidak mensyirikkan Allah dan keluar dari agama
pandanglah dia dengan pandangan hormat
hormat sebagai manusia
sebagai saudara seagama
kerana mungkin hari ini dia adalah orang yang jelik
esok mungkin dia akan menjadi lebih baik dari kita
siapa tahu kan?
berusahalah perbaiki diri
jangan suka mengeji
Allah Maha Mengetahui
jangan sampai kutukan kita itu dibalikkan ke muka sendiri sudahlah
minta jauh.......
aminn
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Alhamdulillah.. hidayah dah sampai kat dia nampak nya.. seronok dpt bermaaf maafan macam ni..
hurm..Alhamdulillah..harap nk brubah jugakk
bile la dapat berubah jd muslimah solehah ni...
Post a Comment