Pencanting tegar
Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts
7/12/16
Merangkak menuju cinta
Salam Aidilfitri
Alhamdulillah selesai Ramadhan lalu moga ditemukan lagi Ramadhan ke hadapan.
Dan semoga cinta pada Yang Agung semakin tebal InsyaAllah.
Salam Kejayaan pada lebaran ini
dan Tuhan Yang Maha Pengasih menyampaikan khabar gembira bagi hamba hinaNya; aku
yang acap kali menitipkan doa dalam tiap sujud, tiap tangis dan tiap turunnya rahmatMu ke bumi
Walau malas dan dosanya aku
Kau tetap mengabulkan
Kau tetap menggembirakan aku
Semakin mengenang
Semakin aku berasa hina
Apa lah yang aku buat untuk menerima nikmat berjuta limpahan Kau?
Terima Kasih
RahmatMu yang tiada penghujung
Aku syukuri
Dan jadikanlah aku hamba yang tetap mensyukuri
Sedang solat pun selalu dilewatkan
Lalai dalam ketaatan
Tapi Kau Tuhan Yang Maha Pengasih
Malu aku menerima kasih
Ya Allah,
Terima kasih. :)
3/10/16
Homestay Genting
Assalamualaikum.
Setiap hujung minggu ada je kan orang nak kahwin la, akikah la, baby shower la, g bercuti la macam- macam lagi kan?
Yang pasti bila pergi bercuti ke kenduri ni lagi ramai lagi best.
Bak kata boyfriend CKB Zac Efron ; " The more the merrier!"
Jadi kalau dah reramai nak pergi nempah hotel tu mau menangis menggeletar tangan tu nak keluar duit. Jadi, pilihan yang lain anda boleh pilih HOMESTAY!
YAY!
Kalau nak pergi Genting Highlands antara Homestay terdekat adalah di kawasan Batang Kali.
Jom kita CEKITOUT sikit;

Ada kerusi set. Tak payah lah berlunjur atas tikar mengkuang
Ada dapur, water boiler dan rice cooker. Boleh masak kalau nak jimat
Ada TV dan tempat simpan simpan warna merah comellll
Katil Divan Queen kat bilik tidur utama ada bilik air
Meja makan ala hotel selesa
Bilik tidur no 2 single
Ada lagi satu bilik tidur katil Queen juga ruang luas senang nak solat
Homestay ni ada peti sejuk jugak jadi korang boleh simpan air ke apa apa lanak bagi sejuk. Cuaca panas ni boleh lah korang inum air sejuk nanti. :)
Ni POSTER nya boleh tengok
Ada BREAKFAST disediakan mengikut tempahan.
Korang nak breakfast jenis makanan Melayu? Atau acah acah mat salleh bolehlah order Piza.
Tambah sikit dapat makanan sedap hasil kasih sayang ibu.
STRICTLY no MSG mmg sedap InsyaAllah Halalan Toyyiban.
Jadi kalau nak tengok boleh contact terus dekat poster tu atau boleh cekitout di FB Abuzee Homestay.
Tak silap CKB kalau lebih 6 orang ada extra charge sikit tapi berbaloi sangat rumahnya sejukkk je :)
cari:
bisnes,
cuticutimalaysia,
homestay,
raya,
review
8/19/11
Kita sibuk buang duit. Tak ke?
Assalamualaikum
Aahh.. menggeliat sikit pepagi Jumaat yang mulia ni. Alhamdulillah sudah masuk hari ke -19 dan esok masuklah kita ke fasa ke-3 bulan Ramadhan yakni fasa selamat dari api neraka. Semalam aku baca blog abg Ben. Malangnya tak sempat nak join. Takpelah.
Ha, camne dengan persiapan raya? Dah ready ke? Berapa pasang baju? Kuih raya dah berapa balang order? Amboi2, kemain lagi kome ye. Tapi, tahukah anda bahawa mereka- mereka ini sangat- sangatlah serba kekurangan? Mereka merupakan saudara seagama kita juga. Jadi, marilah kita mengambil kesempatan ini untuk memberi bantuan serba sedikit kepada mereka. Semoga bantuan yang diberikan walaupun sedikit dapat memberi pahala berpanjangan kepada kita ketika sedang ' lepak' di alam kubur nanti.
Klik sini untuk membuat amal jariah walaupun sekadar di dalam bentuk entri.
Ok lah.
2 hari lepas aku check aku punye yuran untuk dibayar pada sem depan. Dan cuba teka berapakah yuran aku?
RM1440!
Bapakkk lah weiiii. Pehal aku punye yuran mahaii sangat nehh. Stress aku. Mana nak cekau duit ni. Duit PTPTN aku tu alamatnya memang tak berapa nak cukup lah kann.
Sekarang ni aku perlu jaga henpon aku bebaik dengan penuh kasih sayang supaya ia dapat bertahan sekurang- kurangnya sehingga aku grad nanti. Oh, SE G900.. please bear with me..
Eh, korang tahu tak henpon apa ni?
Aduuu...masalah betul blogger yang dengki2 ni. Blog aku yang biasa ni pun nak kutuk gak ke? Derr~~
Baliklah kampung tanam jagung~

Ahha! Inilah henpon HTC yang power mower canggih manggih tuu. Eh2, aku dengar kan.. HTC ada buat promotion tau! Kalau tak silap la kan.. diskaun sebanyak RM 400 ! Pergghh! Tak nak banyak pulak dia bagi potong kan? Ha, apa lagi! Korang semua yang gila gadget tu boleh merusuh ke webpagenya di sini!
Aduuu... depan rumah aku ni buat construction pulak.. Construction tutup loji. Ya! Rumah aku depan loji. Loji apa tak payah tanya la.. -.-
Aku baru ingat nak buat open house gempak- gempak tahun ni. Nak masak lah kan. Mana tahu ada mak mertua yang terpikat nak buat aku jadi menantu kesayangan beliau. Kehkehkeh!
Anyway, aku baru je sebenarnya nak jemput orang- orang fofuler datang umah aku. Nak tahu sapa? Ala... siapa tak kenal DJ Radio Era kan? Perghh.. dorang punya lah semangat nak serbu rumah aku. Ha, korang nak tak dorang datang rumah korang? Boleh lah promote blog korang sekaligus naik trafik sekali. JOM bebeh!
Aduuu...masalah betul blogger yang dengki2 ni. Blog aku yang biasa ni pun nak kutuk gak ke? Derr~~
Baliklah kampung tanam jagung~
9/22/10
Berlapan di hari raya!
Ya,
tahun ini suasana raya luar biasa
Pertamanya, raya pertama saja kami tidak pulang ke kampung.
Selesa beraya di hiruk pikuk kota Kualam Lumpur.
Keduanya,
kami beraya bukan lagi berenam.
Tapi berlapan!
Bersama ipar2ku,
Abang Irwan dan Kak Maziah.
^.^
Ceria.
Itu saja yang dapat ku gambarkan.
Aku gagal menafsirkan perasaan 'ceria' keluargaku itu dalam bentuk pena.
Maaf ya?
Heehehe
Gambar2 berikut bukanlah diambil di studio.
Tapi hanyalah di rumah kami.
Menggunakan kamera DSLR milik abang iparku yangbercita- cita ingin menjadi fotografer katanya.
Semoga impiaqnnya tercapai.
Ameen
( Supaya senang bila aku kahwin nanti tak perlu bayar fotografer lain. FOC kan abg Irwan?Hahahaha)
Eh, mana abang Irwan?
Jeng jeng jeng! weeeeeee
Gambar ser-ki-ma
adik beradik poyo.
Yang baju kuning tu ketua poyo nye.Hahaha
Abah n mama!
Love you!
Oh ye, di kesempatan ini jualah ingin aku ucapkan
pada tanggal 22 September ini
Selamat Hari Lahir Abah!!!!!
Yang ke???
56 Tahun!!!weweweweeeeeee
Sorryla abah ina kena balik dulu.
Nak kemas2 bilik.
Esok ade kelas pulak.
Haih, semaklah klas ni.huhu
Anyway Abah, semoga mama n abah selamat pergi dan pulang dari haji nnt!
Moga2 mendapat haji yang mabrur InsyaAllah.
Ameen.
Alhamdulillah, tahun ini banyak yang telah Allah permudahkan untuk kami sekeluarga
Alhamdulillah
Alhamdulillah
All praises to Allah.
^.^
9/12/10
Apa kau dapat dalam Ramadhan kali ini?
Salam Syawal salam Aidilfitri.
Tak seperti pada tahun2 lain, tahun ini aku dan famili beraya di KL sahaja. Bahang 'raya' itu agak kurang menyengat. Di kala orang semua sibuk bersiap untuk ke kampung, kami masih leka membuat kuih ros dan masak rendang serta kuah kacang di rumah.
Tapi hakikat sebenarnya raya kali ini sangat meriah sebenarnya. Semua sanak saudara di sebelah mama berkumpul di satu2 tempat. Tuhan mempermudahkan kami. Tak berjanji pun, kebetulan segala.
Raya kedua, kami bertolak ke Trolak, Perak. Di sana, sekali lagi Allah mempermudahkan langkah kami. Jalan yang tak jammed, serta sanak saudara yang terdekat berkumpul di satu tempat. Kebetulan segala. Alhamdulillah.
Meriah. Aku umumnya memang terkenal sebagai seorang yang pendiam dan lebih senang duduk dapur basuh pinggan terus jadi banyak cakap merapatkan hubungan silaturahim saudara.
Tapi seperti biasa, aku lebih senang sekali menyampuk ketawa dan tersenyum saja dari bercakap.
Suka benar melihat makcik dan pakcik berborak. Cakap nak emo je! hahaha
kebetulan! 11/9 besday makcik! Eppy Besday!!!
org yg besdaynye 22/9 pon sambut sekali!! Eppy Besday Abah!!!
Baiklah, pulang ke pangkal jalan. Kembali ke topik asal. Huhuhu
Sejujurnya, Ramadhan kali ini memberi banyak nikmat dan keinsafan kepada diri ini.
Berbanding dengan Ramadhan yang lepas2, bulan puasa lepas2 banyak fokus pada raya saja. Sungguh jahil.
Aku dikelilingi oleh ramai rakan- rakan yang senantiasa mengingatkan aku kepada Tuhanku.
Bersama- sama ingat- mengingati kejar mngejar nikmat Ramadhan. Syukur.
Namun, aku masih newbie. Aku masih merangkak. Tak dapat bersama- sama berdiri sama tinggi dengan mereka yang sudah tahap degree dalam berbakti kepada Allah.
Aku masih merangkak perlahan- lahan kawan- kawan. Maafkan aku ketinggalan. Mata masih berat untuk bangun bertahajjud. Aku cuba tapi banyaknya gagal.
Tapi, Alhamdulillah. Syukur setinggi- tingginya pada Mu ya Allah.
Aku terasa tenang itu bersama aku. Cuma sedihnya aku belum capai tahap lulus dalam mengejar bulan barakah itu. Terlalu sibuk dengan urusan dunia.
Tanggungjawab dunia dan akhirat aku gagal imbangkan. Maafkan aku ya Allah.
Berikanlah aku kesempatan untuk ketemu Ramadhan akan datang.
akan ku kerah segalan tenaga yang ku ada demi berkat itu.
Dan.
Ramadhan ini mengajar aku sesuatu.
SABAR dan TABAH.
Dalam bulan Ramadhan aku diduga segala macam ujian.
1st Ramadhan aku telah diuji ketabahan dan kekuatanku dalam melawan hawa nafsu.
Aku hampir gagal. Tapi Allah kembalikan aku kepada jalanNya.
Terima kasih ya Allah.
KUAT! Aku perlu kuat. Tahan kesakitan dengan senyuman.
Tahan kepedihan dengan zikrullah.
Aku menjadikan kesakitan itu kepada kekuatan. Kekuatan untuk berubah.
InsyaAllah.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
( saje nak tunjuk baju raye..hehe )
futnot : Hanya orang2 yang terpilih Allah saja yang akan meninggal dalam bulan Ramadhan. Maka, bercita- citalah untuk mati pada bulan Ramadhan. Ameen. ( Hasil borak2 sama Tok Ndak di Tanjung Karang, Kuala Selangor. )
Subscribe to:
Posts (Atom)