Dalam kebahagiaan, pasti terselit keperitan.
Atau, dalam keperitan, ada terselit kebahagiaan.
Penat berenang dalam lautan impian,
Letih berkasih di pulau sepi
Berbakul bakul menggalas kenangan
Ahirnya berteleku di sana.. sendiri.
Mungkin ada yang kata aku emosi,
tapi itu adalah hak hakiki
Milik aku bukan kau, itu pasti
Kenapa harus dengki?
Layaran kapal dilambung ombak
Berkali kali terngadah cedera, luka
Tak mengalah bersiap dengan tombak
Namun, sampai bila.. aku hanya manusia.
Aku paling benci kekaburan,
Siapa yang kenal aku pasti tahu,
Aku akan pastikan aku pasti, baru diam
Tapi, dalam situasi ini
Aku tak mampu bersuara
Tak mahu menekan, takut tertekan
Tapi tanpa ditekan, aku maish tertekan
Kenapa? Kenapa?
Kenapa masih tiada jawapan?
Aku cuma mahu bahagia
Kenapa kau susahkan?
Kenapa?
No comments:
Post a Comment