Terima kasih kepada Tuhan yang sentiasa kembalikan aku kepada jalan Dia.
Dari awal pembesaran aku, aku bertuah dilahirkan dalam keluarga yang baik, mama abah mungkin bukan lah alim sangat tapi solat tu sangat dipentingkan.
Basic basic aku tahulah.
Tapi tulah, aku yang degil. Aku jenis pendiam. Tapi dalam diam aku nak cuba semua benda.
Nak freehair, nak tindik banyak banyak, nak pakai seksi, nak jadi perhatian.
Mungkin, aku rasa aku kekurangan perhatian.
Cita- cita aku dari kecil, aku nak cuba semua benda dalam dunia ni.
Tapi, aku tak pernah terfikir nak cuba jadi Muslim yang baik.
Sehinggalah aku berumur 15 tahun. Aku bertemu dengan seorang lelaki (crush). Taklah hensem. Tak tinggi. Tak pandai sangat. Tapi entah. Apa lah yang buat aku tertarik sangat pada dia.
Aku sangat bencikan kekaburan (baca= vagueness). Jadi aku confess dan confront. Dan aku direject berkali kali oleh si dia. HAHAHA
Masa tu dalam otak aku, aku nak kapel segala jadah. Tapi, lelaki tu bukan jenis macam tu. Macam- macam aku buat, memang aku tak malu la gedik gila kat dia. ( Macam macam tu macam buat biskut, yahoo messengger cmtu je bukan macam budak sekarang menyidai je kat depan jalan tu)
Tapi bukan tu yang aku nak cerita. Dari dia, Allah nak ajar aku. Allah jadikan dia (lelaki itu) satu medium untuk bimbing aku.
Dari freehair hidup tak tentu hala..
Dia ajar aku cara pakai tudung yang betul.
"Kalau pakai tudung tu, labuhkan sampai tutup dada"
"Baju tu kalau longgar kan selesa sikit"
"Sebelum tidur, baca Al- Quran baru tak jadi orang lalai"
Dan aku mula suka dia bukan kerana apa yang dia ada. Tapi sifatnya. Dia nasihat aku, tanpa aku rasa offended. Aku.. tak mengaji. Tak pandai mengaji. Umur 16 tahun baru merangkak rangkak baca Al-Quran. Sedangkan kawan- kawan aku berkali kali khatam.
Di usia aku 19 tahun baru aku kenal geng geng masjid. Masa tu aku baru tahu ada perempuan muda macam aku rajin gi masjid. Aku ingat semua macam aku suka berjimba je HAHA
Bila umur 22 tahun baru tahu kepentingan menutup aurat dengan betul. Kena pakai stokin, handsock, pakai kain dalam. Sebelum ni ikut ikut orang je.
Bila umur 25 tahun, baru aku faham KENAPA kena pakai baju yang labuh labuh. Yang tak jarang. Tudung kena labuh tu. Lepas tu kenapa tak boleh makeup banyak.
Lepas tu baru faham kenapa tak boleh couple. Pelik kan? Aku pernah dengar and baca pasal tak boleh couple tapi still tak faham. Bila diorang explain aku rasa diorang ni menakut- nakutkan aku. Menyebabkan aku menyampah nak kawan dengan diorang lagi. HAH
Baru kenal istilah tabbaruj.
Pernah dengar sebelum ni tapi tak faham.
So sebab banyak benda yang aku tak tahu tapi malu & tak tahu camna nak tanya aku diamkan dan aku selalu dah elok elok pakai tudung labuh aku start keluar rumah sidai kain freehair. Aku baru faham bila ada abang ipar kena pakai tudung dekat rumah.
Orang tengok aku kemain pakai baju labuh muslimah etc etc tapi hakikatnya banyak benda yang aku tak tahu. So, aku pun masih dalam proses mencari diri aku.
Apa yang aku nak sampaikan adalah janganlah kita terus menghukum orang. Selagi namanya manusia selagi itulah kita buat silap. Sebab kita semua ni tak pandai.
Jangan marah kalau ada orang tolak dakwah kau. Bukan tugas kau bagi dia hidayah. Tapi, tugas kau adalah menasihati dan mengajak kebaikan. Kadang- kadang bukan diorang taknak, diorang hanya protes sebab diorang tak faham. Aku tahu sebab aku pun pernah dalam golongan tu.
Semua orang nak jadi baik. Tapi baik macam mana tu yang kita tak faham.
Aku bersyukur sebab sepanjang hidup aku hingga sekarang, aku dikurniakan kawan kawan yang baik, keluarga yang baik.
So, wahai kawan- kawan semua yang sedang angau bercinta, sibuk mekap sana sini... tak salah lah. Fitrah manusia suka yang cantik. Tapi, cantik untuk apa?
Niat tu.
p/s: Lelaki tersebut telah meninggal pada 2 Februari 2013. Sepanjang perkenalan kami, tak lekang dari dia nasihat untuk aku walau aku degil yang amat. Terima kasih Tuhan.
Al- Fatihah.
No comments:
Post a Comment