Pencanting tegar

7/26/14

Rambut sama hitam hati lain lain

Sekarang ni Malaysia di lenda pelbagai ujian. Walaupun aku bukanlah sampai tahap macai pada kerajaan atau mane2 lah, tapi aku kesian dow tengok Pok Jib kite.Lepas satu satu benda timbul. Aku tengok dia kat tv muka dia gile letih. Sedih aku tengok dia. Bayangkan dia cam abah2 kita apak kau rasa?

Dah macam2 jadi ni orang kita masih nak salah- salahkan. Bulan Pose pun nak tunjuk sana tunjuk sini. Bawak2 lah pi qiamulail ke solat hajat jemaah ada gak pekdahnya.



Bila datang ujian patutnya kita semua kena bersatu. Sebagai umat Islam dan bangsa Malaysia. Ada pulak manusia pandai ni lagi disebarkan hal buruk pasal negara sendiri. Jaja nama buruk kat luar apa kau dapat?




Isu dalam negara pasal MH 370 dan MH 17. Luar negara pula isu Palestin yang teruk dibedil oleh Zionis yang kemaruk. Mesir pulak taknak bagi laluan untuk ke Gaza dibuka. Dari dulu sampai laa ni takkan tak perasan yang diorang ni sehabis habisnya nak buli orang Islam??

Rakyat Malaysia kalau tak bersatu, tak amalkan cara Islam nanti kita pun boleh kena sekali tau. Naudzubillah

Kata PM kita ni tak pandailah apalah, macamlah calon hampa tu hebat sangat? hebat sangakah duk jaja aib orang merata??

Seorang pemimpin yang hebat adalah apabila dia akan buat yang terbaik untuk rakyat di bawahnya. Dan jika seorang pemimpin itu lalai atau hampi kecundang, kita sebagai rakyat perlu beri sokongan padu. Beri teguran secara baik, bermula dari dalam.

Masuk ke dalam group dan mulakan sikit- sikit perubahan. Rasulullah SAW sendiri mengambil masa dan berperingkat dalam menyebarkan Islam. Allah juga mengajar kita untuk berbuat sesuatu secara berperingkat tapi konsisten. Bukankah Islam itu agama yang lembut dan tenang?



Kita semua Muslim. Sudahlah jangan bergaduh. Bersama kita menjaga tanah kita. Jika tidak orang luar akan mengambil hak tanah ini seperti Israel!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails