Assalamualaikum wbt.
Ada orang bertanya, apa rahmat putus cinta ?
Kalau sekalipun cinta kita itu ikhlas?
Sekalipun kita benar jujur dalam menuturkan cinta ?
Sekalipun kita tulus? Tapi?
Akhirnya masih lagi putus cinta? Masihhh lagi orang tak berlaku jujur pada kamu?
Demm demm demm. Jahat gila dorang tu tipu kau yang jujur ni.
" Hak ela
CKB! Lu tak tahu, lu tak pernah kena tipu, lu tak pernah rasa lu boleh
lah cakap kencang! Bajet lah lu! Lu tak tau apa gua rasa selama ni! Gua
demm punya ikhlas! "
Erk, sabar dulu bro sis. Dalam entri Rahmat putus cinta
yang lepas, ada dinyatakan. Namun, mungkin ada yang kurang faham. Lek
lu derr lek lu . Oh oh, mana kau tahu aku tak punya pengalaman? Sudah
aku nyatakan rasanya, segala yang tercatit semuanya dicedok serba serbi
dari pengalaman aku dan sesiapa di sekeliling aku. Tak tahu maka sila
senyap. Terima kasih.
Cinta saya ikhlas
Ok. Kau jujur. Kau ikhlas. Kau tulus. Ciskek! Dia yang jahat! Dia yang tipu kau kan? Demm demm demm.
Baiklah, mari kita imbas kembali. Atas dasar apa kamu tangkap cinta sama dia?
1. Dia sangat cun/ hemsem
2. Cuma kerana dia. Dia yang menyempurnakan hidupku.
3. Kerana nafsu. Grrr
4. Aku sunyi.
5. Kerana aku rasa dia mampu mendekatkan aku kepada Allah.
Erm, ok. Aku biarkan smua ini bermain dalam fikiran kamu. Ingat, kita masih muda. Jangan matikan akal.
********
Apa rahmat putus cinta ni?
Pertama. Kau berpeluang spend lama gila masa atas sejadah. Yelah, kau kan tengah kecewa. Nak cakap kat sapa lagi? Ex
kau? Ah, usah serabutkan semak yang ada. Cari lah Allah. Allah kan Maha
Mendengar. Kau lepak je lama2 atas sejadah lepas solat tu. Tak payahh
la nak over2 bacaannya kalau kita tak arif. Zikir simple
dan doa banyak2 . Doa itu senjata mukmin. Cisdale! Tak tahula pulak nak
doa macam mana. Kau cakap je macam mana pun. Mintak elok2 je la. Mintak
hari2. Dah lama- lama tu kau jadi immune kau sentiasa nak lepak atas sejadah luangkan masa personal kau
dengan Allah. Ha, kan dah satu rahmat tu. Bila lagi kau nak luangkan
masa dengan Pencipta kau kan? Masa bercinta dulu tak sempat. Pantang
lambat balas mesej awek kau muncung panjang.
Kedua. Yay! Jimat baii gua punya kredit.
Ketiga.
Kau akan jumpa nanti. Malas aku cerita panjang. Ya lahh, aku kan tak
tahu apa. Apa guna aku cakap pasal benda aku tak pernah rasa kan? (
Cisdale! )
Senang cerita, apabila
kita dilanda kedukaan.. itu sebenarnya adalah satu pembuka jalan yang
Allah sediakan untuk kita mencari dan mengenali Allah. Kita dah jauh
agaknya, maka Dia tutup satu jalan bahagia yang kita suka itu dan
sediakan jalan bahagia yang lain dengan mencariNya. Setiap dugaan dan
ujian kita lalui itu sebenarnya adalah satu jalan yang Allah buka untuk
kita untuk improve tahap iman kita.
Dan yaaa, benci betull korang dengan CKB.
" Cisdale! CKB ni bukannya baik mana. Haktuih! "
Yezza, aku jua manusia biasa. Punya cela di mana- mana. Ingin aku pinjam kata2 nasihat seorang akhi kepada aku,
"Sesungguhnya
aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yg tbaik dikalngan
kamu, bukn juga yg paling soleh dikalangan kamu, kerna aku juga pernah
melampaui batas utk diri ku sendiri, seandainya sesorang itu hnya dpt
menyampaikan dakwah pabila ia menjadi sempurna nescaya tidak akan ada
para pendakwah. Maka akn jadi sedikitlah org yg memberi peringatan " Pesanan Imam Hassan al- Basri.
Renung2kan dan selamat beramal!
p/s:
percayalah. satu hari nanti kau akan bersyukur kerana diberatkan bahumu
dengan seribu ujian, kerana pada akhirnya kau mengukir berjuta
senyuman. =D
No comments:
Post a Comment