Pencanting tegar

12/23/13

Mengejar damai yang hilang.

Assalamualaikum.

Dah berapa lama dah ye CKB tak menulis di sini. Acap kali nak tulis CKB rasa tak de idea dan malas. Ya, malas merupakan satu penyakit yang paling sukar diubati.

Baru -baru ni Malaysia dikejutkan dengan seorang model Chinese yang berhijab. Yea, dia merupakan seorang model playboy suatu ketika dahulu dan kini dia sangat meminati pakaian yang modest.



Dan ya, dia bukan seorang Muslim.

I am much happier now and I feel more at peace each time I cover my aurat, and put on my hijab."- Felixia Yeap.

Korang boleh cekitout blog da dekat sini

Sedangkan dia bukan seorang Muslim sendiri merasa impak berhijab, apakan lagi kita yang sudah pun mengucapkan dua kalimah syahadah 5 kali sehari ini?

Sesungguhnya Islam itu sangat melindungi wanita.

Ramai berkata, " Ala CKB boleh lah cakap. nengok la family CKB camne, CKB sendiri pun camne. Kitorang lain. Kitorang memang sosial and camni"

Apa yang "camni" and camne yang "camne"?

CKB pernah melalui zaman itu. Dan, begitu juga Felixia sendiri.
Dan bukankah perkara yang palong diinginkan oleh setiap wanita dari setiap lelaki adalah dihormati?

Bukankah kita acapkali menuntut agar si lelaki ini menghormati wanita and put weight to every word we said?

And Islam dah tunjuk caranya. Antaranya ialah, menutup aurat. Dengan cara ini kita akan lebih dihormati.

Ramai yang berkata," Benda ni takleh paksa"

Laa ikraa hafiddin; Tiada paksaan memasuki Islam. Ayat ini menjelaskan bahawa TIADA PAKSAAN FOR THE NON MUSLIM TO  CONVERT TO ISLAM.

Those yang dah memang Muslim, WE MUST OBEY what has written and told. Well, CKB sendiri bukan seorang Muslim yang baik. Tapi kita kena sentiasa berperang untuk menjaga maruah kita. Apa itu?

Badan kita. Kecantikan kita adalah sesuatu yang sangat mahal dan ianya hanya boleh di access oleh orang2 tertentu sahaja. That is of course, a HUSBAND.

Di dalam rancangan Twins Of Faith,

" Setiap kali seorang anak Adam bersujudd kepada Allah, Syaitan akan duduk di sudut dan menangis "

Setiap kali kita mengingati Allah, Syaitan akan kecundang.

Jadi, para gadis yang rupawan sekalian. Ambillah kain itu da tutuplah rambut kamu. Jika kamu tidak mampu, ambillah masa selepas solat, merenung diri kamu.

 

Bersama telekung yang kamu pakai, cuba duduk sebentar. Termenung. Renung diri kamu dalam2.
Renung sejadah itu. Renung saja. Jika tak mampu untuk fikir apa- apa kamu renung saja.
Renung saja selama 5 minit. Kamu lihat sekeliling, tak perlu fikir apa- apa. Lihat diri kamu, lihat apa yang kamu ada. Renung semua itu.

Setelah itu kamu berfikir, mana datang semua ini?

Begitu sukarkah untuk kamu menutup aurat sedangkan Allah dah bagi kamu macam- macam?
Begit sukarkah untuk tunjukkan betapa bersyukurnya kamu Allah tak kenakan GST terhadap setiap nikmat yang Dia berikan?
Begitu sukarkah untuk kamu melabuhkan pakaian sedangkan Allah dah beri begitu banyak harta?

Sukarkah?

Jika kamu merasa skar untuk terus berubah, ambillah sedikit masa untuk merenung.

Hanya termenung.

Termenung itu juga satu nikmat. :)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails