Pencanting tegar

10/2/13

Menapak kembali


Aku tak tahu kenapa setiap kali aku bz tiap kali tu lah urge untuk aku tulis blog membuak- buak.

Dan nak tahu kenapa aku rasa nak tulis blog kali ni? Minggu depan aku kena present case study. Yeah.

Sejujurnya, aku rindu. Menatap kembali setiap lapisan kenangan post2 terdahulu, membuatkan aku sendiri kagum. Haha. Kagum pada diri sendiri. Apa benar aku mampu menulis sebaik ini? Sekarang bahasa sudah karat. Jari sudah reput.

Pengalaman pahit manis dahulu telah sedikit sebanyak mematangkan aku. Aku belajar untuk terima kejatuhan. Dan bersedia untuk bangkit melompat ke awan. Mungkin terus ke bintang. Dan belajar untuk tidak gusar apabila jatuh kembali. Kerana aku percaya dan yakin pada satu perkara.

Allah ada.
Allah ada.
Allah ada.


Jatuh bangun aku yang menjadi saksi dan penolongku hanyalah Allah. Apa nak gusar? Yang penting, tiap detik kehidupan kita share dengan Allah. Borak selalu dengan Dia.

Sekali lagi aku menanam tapak aku di blog ini berasama harapan yang sama tapi lebih matang.

Aku berharap agar blog ini mampu memberi kebaikan kepada anda semua.

Selamat study

2 comments:

Shukri Mohd Ali said...

betul la leena. bila shuk bukak balik blog kersani dan kasturi, ya Allah rindunya! rasa macam segala pengalaman sebelum-sebelum ni, semua ada kat situ. macam diari harian kiranya. huhuhu.

dah kembali menulis kat situ. tapi yela, dengan harapan apa yang ditulis sekarang, lebih baik dari yang sebelum-sebelum ni. hihihi.

kita selalu hidup dalam nostalgia kan. ahaks.

Anonymous said...

uii galuh banjar

http://alfigenk.wordpress.com/2013/12/18/hal-hal-yang-perlu-diketahui-tentang-sejarah-migrasi-banjar/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails