Pencanting tegar

6/9/12

Konfius sana sini

Assalamualaikum

Baru2 tadi sedang syok study Ortho ( syok ke?), aku bukak lah FB bg merengkan urat mata.
Ada kawan aku post video pasal seorang so called ustaz mengharamkan satu zikir Imam As- Syafie.
Seperti yang kita tahu, Imam As- Syafie merupakan ulamak yang terkenal malah kita di Malaysia sendiri mengamalkan Mazhab nya. Betapa besarnya pengaruh Imam As- Syafie sampai ko tanya lah sape2 muslim siapa ImamAs Syafie. Paling kurang pun depa jawab, " yang buat Mazhab As- Syafie kan".

Imam As- Syafie ulamak tersohor. Kalau nak dibandingkan dengan kita ni.. jauh sangatlah.
Jadi, siapalah kita sampai berani nak mengharamkan sesuatu?


Fikirlah. Hekceli, isunya bukanlah pasal ustaz muda tu. Pasal dia tu, camnila. Manusia buat silap.. dan bagi ustaz ni.. ini merupakan kesilapan terbesar dia. Jadi, sama2lah kita berdoa untuk ddia. Tak payah bertarung lidah mengutuk sana sini.

Semalam hari Jumaat. Aku keluar dengan member sebab nak print untuk portfolio kami. Masa tu dalam pukul 12 pm. Pastu pergi makan, dalam pukul 12.30 pm. Dalam pukul 1 pm, aku pergi UO temankan member beli barang. Ada setengah jam lebih gakla kami kat UO. Orang kat situ tak putus2 macam air je.

Bila pukul 1.30 pm, aku jadi konfius. Hekceli Zohor ni masuk pukul berapa?
Nape ramai lagi muslimim yang tak pergi solat?
Sepanjang on the way aku nak pergi ambil kereta dari UO, memang ramai muslimin tengah minum2, jaga kedai laa, lepak2, bergelak ketawa.
Aku makin konfius.
Aku asyik tengok jam. Dah 1.35 pm dah wei, Sembahyang Jumaat start bile ni? Takkan dah habis kot?

Aku pun meluahkan lah kekonfiusan aku pada member aku.
Nak tahu jawapan dia?

" Bersyukurlah kita dilahirkan dan dididik di dalam keluarga yang mengamalkan ajaran Islam. Yang dididik untuk solat, mengaji, berpuasa, menutup aurat. Orang2 macam ni.. kesian "

Dah 22 tahun aku duduk kat KL. Tapi, aku selalu konfius bila hari Jumaat. Masa aku sekolah dulu, bila hari Jumaat je, pukul 1 pm tu jalan dah clear, xda orang lelaki Islam yang ada lepak2 kat jalan lagi. Semua bergegas ke masjid.

Masa dah nak sampai ke kereta, aku nampak ada seorang muslimim. Pakai baju kerja, muka berpeluh2 baru lepas parking kereta. Laju je dia jalan melintas jalanraya menuju ke masjid Chow Kit.
Sejuknya hati.

Lagi sejuk hati bila tengok muslimin ke masjid pakai kain pelikat and baju Melayu.
Kihkihkih.

CKB, sila jaga pandangan anda ye.

2 comments:

caera puttih said...

saya pernah mgalami situasi seperti tu ... mcm bukan hari jumaat pulak ..

CKB said...

sama2la kita doakan org2 mcm tu trbuka hatinya utk p solat. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails