Pencanting tegar

6/5/12

Downgrade


Aku sesekali imbas ke masa lepas. Mengintai kembali diri aku pada suatu masa. Masa kejatuhan rasa dan hati. Masa hati sedang begitu sakit. Mentally down.
Tapi, itu jualah masa aku rasa begitu dekat dengan Dia.

Kenapa?

Kerana masa itu aku susah, sakit perit. Jauh di sudut kejahilan aku, masih ada terselit rasa sedar bahawa Allahlah pemilik hati ini. Rasa ini. Sedih ini. Tanpa izinNya, aku mana mungkin akan berpeluang merasa perasaan ini.
Maka aku sering menjadi si peminta tegar.
Aku meminta- minta pada Tuhanku Yang Esa. Minta dikuatkan hati, diteguhkan sabar, dimantapkan iman.
Meminta agar Dia menjaga auratku.
Jagakan hatiku.
Jagakan imanku.

Tika itu, aku benar- benar merasai, betapa mudahnya hidup ini bila kita sentiasa mengingatiNya.

Dan sekarang.. kebabooom!!

Bagaikan bom atom yang dilemparkan di Hiroshima dan Nagasaki.
Semuanya seolah hancur.
Macam tanah itu tak pernah dihuni.

Begitulah jua hatiku.

Seolah aku ini tak pernah menjadi 'si peminta' itu. Jahil itu kembali menguasai. Tandus hatiku.
Bak kata Najwa Latif - Kosong.

Syukur aku tersedar.
Syukur Allah maish sayangkan aku.
Cepat2 disedarkan aku dari hayunan mimpi dunia penipu.

Qiamulail, tilawah, Dhuha, Taubat dan Hajat. Semua dah macam gigi orang tua. Rompong sana sini.
Ada yang maish buat. Banyaknya tak buat.
Jahat nya aku membiarkan kesibukan dunia mengambil masaku dnegan Tuhan.
Kejinya aku terjum ke longkang setelah bersih mandi mewangi.

Allah itu Maha Pengasih. Maha Penyayang. Orang keji macam aku pun di ampunkan. Maishditunjukkan jalan.
Aku angkuh setelah mendapat nikmatMu. Ampunkan aku. Iman dah kena downgrade.
Cukuplah. Sudahlah. It's time to look up, get up and never give up!

note CKB: Manusia ini imannya turun naik. Ada masa imannya tinggi, hatinya bersih, wajahnya manis.
Ada masa imannya turun.. perangai hodoh, hati keji, muka mencengih.
Percayalah, setiap jatuhnya kita, ada hadiah yang Allah sediakan.
Jadi, bersabarlah dan jangan jemu meminta pada Allah. Jangan jemu dating dengan Allah.
Allah itu sangat dekat. Sedekat urat di leher kita.

Cuma kita yang angkuh.

Ampunkan kami ya Rabb. Kami milikMu. Sesungguhnya, kepadaMu kami kembali.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails