Pencanting tegar

1/5/12

Aku pun mahasiswa/siswi

Sekarang heboh tentang isu Safwan Anang yang kritikal dan isu bendera Adam Adli dan ape ntah seangkatan dengannya. Gua dengar cerita dari banyak pihak. Dan akhirnya gua terkeluar idea di tengah malam buta ni untuk tulis entri.

1. Mahasiswa ni darah muda, darah panas. So, bila ada sesuatu yang boleh menggoncang jiwa muda mereka, mereka akan buat dengan penuh sungguh- sungguh. Satu pujian kepada mahasiswa. YAY!

2. Isunya kecik aje, turun bendera bape minit..then naikkan balik. Kurang sopan tapi tak cukup biadap sampai kena belasah lah kan. Ape lah.

3. Malas lah bernombor- nombor ni.

Ok, meh sini aku luah pendapat aku yang tak berapa nak get into dalam arus politik negara ni. Bagi aku, kedua- dua pihak ada salahnya. Aku takmolah cakap lebih kang kata aku berat sebelah pulak.
Buat brothers kita yang cedera, kita doakan kesejahteraan hidup mereka.

Camni, cer cer korang rujuk Surah Muhammad ayat ke- 7. Maksudnya lebih kurang.... siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong/ meneguhkan kedudukan kamu.

Ate, cemane nak menolong agama Allah ni? Berdemo? Tunjuk perasaan? Pung pang pung pang?
Mari kita SEMUA cuba tegakkan agama Allah dalam diri kita dulu. Mantopkan iman memasing. Buat muslimin khasnye, cer cer korang penuhkan masjid buat solat jemaah untuk Solat Subuh. Cer cer cer.

Yang perempuan, muslimat bagi aku.. mohle kita ajak reramai join usrah instead kita turun dok pung pang pung pang. Kalau kita mahukan negara yang mengamalkan sistem Islam yang betul.. kita kena start dari bawah dulu.

Ok, camni. Aku takdela terer merer dalam hal agama atau politik. Tapi, ni pendapat aku sebagai seorang mahasiswi jugak.
Daripada kita buka aib orang, kutuk- kutuk, caci- maki sana - sini.. kan bangsa and agama lain tengok kita macam... asyik bertelagah aje kan? Cer cer cer kalo korang korang yang geng mahasiswa tu buat solat hajat continously. Maybe every week ke. Buat qiamullail dan mohon pada Allah agar DILEMBUTkan hati manusia 'tersebut' untuk menerima dan membuat perubahan ke arah kebaikan. Mohon agar Allah jaga hati- hati kita semua supaya tak terdeviate dari jalan Allah.

Bukankah hati itu milik Allah dan hanya Allah saja yang bisa membolak- balikkan hati manusia itu?
Bagi aku, dua- dua ada salah dan khilafnya. Daripada berkumpul nak tukar pindaan la apa la, baik korang susun strategi guane nak tarik lagi ramai memember kita datang masjid buat solat jemaah kan?

Ha, tang pindaan and apa segala tu.. boleh buat..ye la..kena la ada perubahan ye dok? Takkan nak dok tang tuu je kalau dah tahu salah kan? Tapi, slow and steady lah. Jangan gelojoh katak.
Sedangkan Rasulullah SAW pun ambil masa untuk wujudkan kerajaan Islam ye dok? Rasulullah pun start dengan pupuk iman power dalam diri sahabat. Apatah lagi kita umat akhir zaman ni. Ha, kan? kan? Nampok dok?

p/s: aku pun sedang suba memperbaiki diri

Stop the hatred, raise the love.
Wallahualam.

3 comments:

Shukri Mohd Ali said...

diorang ni kena baca sejarah civil right movement kalau nak berdemo pun. generasi sekarang saya rasa kabur tentang maklumat. pantang ada demo, laju aje pergi. semuanya nak rebel. padahal banyak saluran lain. hmmmm. nak kata tak bijak, dah masuk U. nak kata bijak, perangai tak menunjukkan kebijaksanaan tu. adeh.

CKB said...

sebenarnya ada relevennye yang smpai dorg buat demo ni. hal ini berikutan susulan dr isu turun bendera dulu. hekceli dorg yg start mcm provokasi lah. namun pihak 'dalam video puii' menghangatkan keadaan dan mnyebabkan life penurun bendera tu ssh sampai keluarga dye pun dorg nk kaco/ ini adalah perkara yang salah shukri.

kalo macho patut setel one on one la kan. demo ini adalah psl adam adli dan pindaan tu. yea, patutnya instead of kite dok berdemo.. baiklah pii masjid buat solat hajat and qiam kan? mne tahu tbe2 kerajaan buat pindaan penuh pasal AUKU.

demo2 ni xkn selesaikan ape2. buat penat aje.yg FRU pun satu, blasah mcmla dorg tu binatang. pendek kata. DUA2 SALAH!

Shukri Mohd Ali said...

betul. dua2 salah. jum kita dua bergabung buat demo dalam blog. hihihihi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails