Sekarang ni memang ramai gilosshh kot yang duk pakai shawl mawl ni kan? Ko mintak je kain hape, semua ada. Cotton? Chiffon? Lycra? Kera? Pendek? Panjang? Besau? Kecik? Ha, kau cakap je semua ada baik kat Jalan TAR mahupun di blogshop online. Banyak himbun sampai rambang mata kau. Yang jadi masalah cuma ongkos je. ( Ni masalah aku sebenarnya. )
Cuma, ade sedikit perkara yang aku ingin sentuh.Sekarang ramai orang pakai tudung, tapi adakah pemakaian mereka mengikut syariat?
Orang kata, kalau nak berubah kena step by step kan?
Aku tengok ramai dah yang dari tak bertudung, sudah pakai tudung tapi ala- ala scarflets la.
Takpelah, sekurang- kurangnya dia sudah mula berjinak- jinak untuk memakai hijab.
Tapi, tak salah kan kalau kita mula bejinak- jinak lagi dengan melabuhkan sikit shawl kita tu menutup dada kita?
Nampak sopan je, pahala pun dapat kerana memakai mengikut syariat.
Here is the video that I attached together to support this entry. ;)
Tak salah untuk bergaya, tapi janganlah sampai mendedahkan aurat ye.
Pemakaian tudung menurut Islam adalah untuk menutup aurat kita yakni rambut, telinga, leher dan dada.
Tudung itu haruslah( atau wajib ) tidak jarang dan terlalu pendek sehingga menampakkan aurat kita.
Aurat: adalah bahagia yang suatu (yang terdedah,tersingkap, terbuka) maka terasa malu seperti aib seseorang didedahkan maka ia akan malu,dan adakalanya perkara itu menjatuhkan maruah (menurunkan harga) dirinya.
Relax dulu sisterss sekaliannn, jangan ingat aku nak hentam korang. siapalah aku ni untuk hentam orang sedang aku sendiri terlalu banyak celanya.
Ini sekadar ingatan bersama. Aku sendiri ucap syukur Alhamdulillah melihat betapa ramai mereka yang sebelum ini tidak memakai hijab sudah mula memakai hijab. Kesedaran sudah mula anda.
Alhamdulillah.
Cuma, tak salah kita tambah sikit ilmu di sini dan cuba labuhkan sikitttt je lagi. Pahala bhaiii.. pahala.
Harapnya kita semua sama- sama cuba perbaiki diri
From
Tudung Beraurat to Tudung Syariat.
InsyaAllah ;)
more Islamic drawings.
No comments:
Post a Comment