Pencanting tegar

12/31/11

Best ke Ombak Rindu itewww? ( review )

Entri kedua hari ni.
Demm, pada waktu kritikal camnilah jari jemari aku gedik menggelupur untuk  berblogging. Dan di waktu genting macam ni lah aku gi tengok movie kat laptop Dati.
Helo helooo ada nota OT Neuro dan OT Geri yang perlu di study hokayyyy..Beratur nunnnnn...hahaha..waklu!

back to the topic, aku nak buat review pasal cerita Hombakk Rindeww yang aku rasa majoriti perempuan duk kata, " Aww,, besh nyerww..cuwiitt..sedeyyy"
Aku, selaku seorang yang paling senang nak menangis atau paling ciwek dalam geng memember ingin menguji sejauh mana filem meletopp pop popcorn ni mampu buat aku menangis.

So, Idati pun bukak le cerita tu sambil kami makan tengah hari.

Oke! Ini list review aku pasal ceghita ni:

1. Geli. Banyak sangat aksi sentuh menyentuh antara bukan muhrim. Kulit ke kulit pulakk tuu. bahu Aaron menyentuh bahu Maya, dada bertemu dada. Banyak aksi cium mium, kemban memban, dan atas katil. Mungkin aku dah lama tak tengok movie orang real berlakon ( selama ni aku asyik tengok cerita kartun ) so aku rasa geli mual sengal. Aku terfikir, apa lah yang bini Aaron tu pikiorkan mase Aaron berlakon ngan Maya tu.

2. Banyak sangat bridge yang tak perlu (kot ). Antara satu babak ke satu babak ada bridge kan.. yang hitam malap2 tu. Aku ni takdelah pandai bab edit mengedit video apatah lagi filem.. tapi bagi aku dan geng2 musyawarah tadi.. terlalu banyak bridge tu. Macam annoying sikit. Buat aku jadi blur, pe cerr ni lompat2 cerita?

3. Takde caption description of certain situation. Macam.. yelahh. Si Izzah tu kan dah lama tak balik kampung kan.. kot ye pun tulis la kat situ " Selepas 2 bulan".." Selepas 10 tahun ". Aku ngan Nani tu jadi blur.. ape kes kata lama tak balik kampung tapi tak tahu dah bape lama tak balik? Paham ? Paham?

4. Tak sedih pun? Oke, mungkin sebab aku tengok dengan kengkawan aku yang gegile dan asyik ketawa sepanjang tengok cerita tu maka aku tak dapat fokus kat cerita. Atau mungkin sifat kuat nangis aku dah kebal. Aku faham macam mana rasa seorang Izzah tu.. cuma.. mungkinla kan..bridging cerita dan susunan tak sama macam dalam novel kot.. tu aku takdela rasa sedih pun. Aku cuma rasa.. slow.

5. Lisa. Pergh, watak Lisa memang best. Aku suka dia dalam cerita ni. memang ada masalah Mood disorder. Aku rasa watak dia dalam tu ada Bipolar Mood Disorder. Memang sesuai la watak dia dalam tu. Baran je kejernye. Jangan baran ngan Yusry udah le ye. :P

6. Aku suka Bront dalam cerita ni. Tak tahu napa. Nampak macho. Bhahaha.

7. Okelah, Hariz ngan Izzah tu sweet la jugak. Kesian je tukar2 jam tangan untuk hantaran.
Sweet. Simple je nikah camtu. Tapi, aku rasa lah kan..Maya cam tak bape sesuai jadi si Izzah. Aku rasa yang cam sesuai Tiz Zaqiyah. Bagi aku Tiz memang sesuai watak2 perempuan kampung teraniaya gitu. No offense eh Tiz. Hehe. Cuma aku rasa Tiz memang pandai bawak watak camtu. Ha, kalau bukan Tiz pun.. Fouziah Ghous! Dia pun best gak.

Overall? Boleh la cerita ni.
Cuma bila ada lagi 5 minit cerita ni nak abes, kawan aku tiba- tiba menempelak

" Tahi la! Cerita ni tak patut keluar jadi filem! Cerita ni patut keluar jadi drama kat TV1 je! Nak masuk TV3 pun tak layak! Puii " ( oke, yang part 'puiii' tu aku yang tambah )
dan kami yang lain bantai gelak je. Kehkehkeh

Serius, aku rasa biasa je la tengok cerita tu. Mungkin aku yang salah timing sebab tengok time genting ni kan. Atau....

cerita ni memang tak best. ( kot )

Okeh, jangan marah peminat Ombak Rindeww seklian. Ni pendapat aku yang sepatutnye study time ni je. Challo betehh

5 comments:

Nurul said...

jap g ade org serang ko wehh..keh3

CKB said...

kalo dia baca tulisan aku dengan tiada nada fanatik.. tak ada sebab utk dorg serang aku. HAHA

selipar hijau said...

hahah..super like..

logorithm said...

Hehe... tapi khabarnya kutipan filem nih hampir saing ngan KL Gangster?

Ini mesti diorang nak tengok benda lain nih... :-p

CKB said...

SH: Heee

logorithm: confirm! Bhahaha!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails