Pencanting tegar

10/2/11

Laugh together, cries alone.

Alhamdulillah.

Hari ini aku mampu menegakkan urat tengkuk aku untuk menatap desktop komputer bagi mencari maklumat untuk subjek yang aku belajar srta menekan papan kekunci ketat ni untuk aku isikan rona kata hati aku di dalam blog tercinta ini.

******************************

Semenjak 5 hari lepas, aku dilanda sakit kepala yang hanya Allah yang tahu betapa letih urat2 kepala ini mengalami sesi connstriction yang berpanjangan.
Aku jadi orang bodoh yang hanya menurut apa arahan dan hanya mampu bercakap dengan perkataan2 yang mudah sahaja. Betul. Macam bodoh.

Emosi yang sangat tak stabil serta depression di dalam diri menekan2 hati yang selama ini aku cuba tahankan.
Ternyata, aku hanya manusia. Aku cuba, tapi aku gagal. Barangkali syaitan yang bergayut di jantung lebih kuat berdekah- dekah ketawanya melihatkan si peminjam jasad ini rebah dan lemah kelu tiada kata. Hanya kepada Allah aku pautkan harapan.

Di dalam kekalutan emosi yang menerajang akal masih mampu berbisik- bisik, " Ya Allah, janganlah aku mati dalam keaaan begini, Sungguh, aku akan jadi hamba yang paling rugi"

Tapi, hanya akal berbisik. Tiada apa yang dapat terluah. Semuanya disekat. Hanya Allah yang tahu peritnya.
Umpama orang yang koma.
***********************************************

Apabila terjadi keadaan begini, baru kita tahu siapa kawan siapa lawan. Siapa sahabat siapa kenalan.

" They only wants you when you are laughing."
- indeed, sedang secara fizikalnya kita nampak... tapi.. (?)

"Masuk kubur nanti pun sorang- sorang jugak "
- betul. betul. betul.

*************************************************

tak guna sakit hati. tak guna kecil hati.
persetan segala rasa emosi.

Bak kata Afiq,

" Buatlah sesuatu kerana ingin kan keredhaan Allah.. yang lain2 cuma bonus"

Heh, kan?
Tak payah ketawa sangat. Nanti nangis kau sorang2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails