Pencanting tegar

8/23/11

Cerita baru. New leaf.

Alhamdulillah. Lagi beberapa hari saja Ramadhan akan meninggalkan kita. Sedih. Tapi, masih alhamdulillah kerana Tuhan masih benarkan nafas ini bersambung dan denyut nadi berlagu.
Syukur.

Kadang2 boleh jadi benda yang kita suka itu tak baik untuk kita dan benda yang kita tak suka itu baik untuk kita. One word. Redha. Tuhan, damaikan hati aku dengan ketentuanMu.. syukurkan aku dengan pemberianMu.. redhakan aku dengan ujianMu.

Wahai Tuhan pemilik segala hati, yang mampu membolak- balikkan hati, Kau tetapkan lah hati hambaMu ini dengan agamaMu, denganMu ya Maha Mengetahui.

Apa pun terjadi, Alhamdulillah hati lebih tenang. Tenang. Damaikan hati kami dengan ketentuanMu.
Redha itu kata kunci.

***************************

Selepas Maria Bukan Mak Aku, aku tak bercadang untuk menyambung penulisan cerpen lagi. Tunggu idea datang menujah dari langit mungkin? Kehkehkeh. Alhamdulillah, dari segi feedback.. ada yang suka dan tak kurang yang mengkritik. Harus aku akui, terlalu amatur mungkin dan berserabut plot2 nya. Hasilan tulisan spontan begitulah..Huhu. Yelah, aku dah lama tak mengamati seni bahasa ini.
Terima kasih kepada yang komen. Aku hargai setinggi Gunung Kinabalu.
Akan aku cuba perbaiki. Doa2 saja

Aku mungkin akan menulis cerpen lagi. Tentang apa? Hehe.. adalah. Tapi macam biasa, semua penulisan aku kebanyakan dicedok dari sudut pengalaman aku dan orang lain. Dari apa yang aku lihat dan aku dengar. Semuanya hasil interpretasi murahan aku. Tapi, jujur.

Idea sudah ada, cuma sedang menyusun plot dan bahasa. Tunggu. Tunggu.

p/s: terima kasih buat cik Hutan Kabut atas review beliau. :D
p/s/s: hampeh ko.. nak kata aku pendek lah tu! cisdale! hehe

4 comments:

cik aisha said...

alhamdulillah berbakat tuan blog dalam menulis cerpen..terus kembangkan bakat yg ada...:)

Anonymous said...

Redha :)

Seksi Bani said...

CKB, hopefully the new leaf will remain green forever.. :D

selamat hari raya kepada sahabat blogger, CKB.. :D

CKB said...

cik aisha : insyaAllah

anon : yea

SB : InsyaAllah.thank u so much. ;D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails