Pencanting tegar

8/12/11

Aku dah cukup baekkkk dahh leh masuk syurga dahhh

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. hari ini masuklah hari ke-11 kita menjalani ibadah berpuasa dan masuklah juga fasa ke-2 bulan Ramadhan yakni fasa keampunan dari Allah. Jadi, marilah kita semua merebut peluang ini untuk memohon keampunan dosa dari Allah Maha Pengampun.

Alhamdulillah..jumpa lagi aku dengan Ramadhan.. Aku harap Ramadhan akan datang dapat lah lagi aku jumpa.. Macam sayang je nak tinggalkan Ramadhan.

Baiklah, bebalik pada topik.. manusia pada zaman sekarang ni macam2. Ada yang pakai tudung tapi nampak betis, ada yang tutup badan tapi nampak lekuk- lekuk badan.. dan semua orang mula nak merasa dia lebih baik dari orang ini dan itu.

" i lebih baik dr yang tak pakai tudung tu tauuuu"

-.-

So, pe hal pulak tu kan pakai tudung nampak buntut? Hurm.
Ketahuilah semua... kita hanyalah manusia biasa yang takkan terlepas dari melakukan kesilapan. Kita bukan maksum. Jadi, apakah hak kita untuk mengatakan kita ini LAYAK bebenor masuk syurga berbanding orang itu ini apalagi mengkafirkan seorang muslim yang lain?

Sedang kita tak tahu apakah kebaikan yang 'dia' yang kita keji itu pernah buat. Boleh jadi orang yang kita pandang jelik itu jauh lebih baik dari kita amalnya. Syurga atau neraka tempat seseorang itu adalah di tangan Allah. 
Yakin sangatkah kita akan masuk syurga? Serius yakin takkan masuk neraka? 
Jangan macam tu kawan, banyakkanlah muhasabah diri.. kita tak tahu dalam sedar atau tidak kita mungkin telah melakukan dosa berkepuk- kepuk. Kalau dosa itu ibarat shopping bag, agaknya dalam beratus2 kereta yang penuh dengan shopping bags kita tu.

Mungkin orang pandang kita ni dah cukup baik..cukup soleh/ solehah.. tapi soleh/ solehahkah kita di pandangan Allah?

Cukup soleh/solehahkah kita untuk menjejak ke syurga Allah?

Muhasabah diri. Mari kumpul kekuatan dan didik iman dalam bulan mulia ini.

" Senangnya nak soleh di mata manusia, sukarnya nak soleh di sisi Maha Pencipta "

Jom ajak reramai join komuniti bersepadu kita meh2.
Kreatifkan minda, kritiskan mental. :D


ayat pujangga CKB
" Kalau orang baling taik kat kita, jangan baling taik tu balik kat dia. Nanti tangan kita kotor. Sebaliknya, balinglah bunga kat dia nanti lama2 dia jadi segan nak baling taik kat kita "


;)

6 comments:

kyo_9 said...

menarik ayat pujangga tu..
imbas kembali sifat yang ada pada Nabi ketika diseksa dari segi mental dalam proses menyebarkan Islam..

di masa kini, dunia lebih kepada Gandhi yang juga menggunakan taktik yang sama ketika menentang penjajahan British di India..

Anonymous said...

ayat pujangga SB: kalau org balik taik kat kita, kita p ambil plastik, bungkus tangan dan balik balik taik tu kat org tu..

bole? kekeke...

CKB said...

yea.. sntiasa lah brsgka baik dan memandang stiap sesuatu itu adalah dr rahmat Allah.

CKB said...

SB: aishh..sengalll

missina said...

hermm ,,mcm2 hal kan,,kdg2 malas nk judge org lebih2,,kita ni pun bukn perfect sgtkan,,yg pentg kita jg diri sendri dulu,,,

CKB said...

btul tu . ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails