Pencanting tegar

2/19/11

Semalam seluar jeans ketat, hari ni tudung labuh, esok hotpants.

Salam alaik buat pembaca tegar Kain Batik. Hari ni CKB nak mencanting atas kain batik ni bagi dijadikan input baru untuk anda semuaaa. ( cisdale! macam rancangan cari jodoh pulak! *apekah? )

Erk, apekah tajuk ini? Kita sendiri boleh tengok kan kronologinya; bermula dari seluar jeans panjang ketat, tiba- tiba berubah kepada pemakaian tudung labuh dan tiba- tiba lagi berubah pakai hotpants pulak. ( yang laki tu tutup mulut eh, nganga kau tengok pompuan tak cukup kain )

BERUBAH.
Senang je nak berubah. Semalam adalah perempuan tipikal yang pakai shawl bersama seluar jeans ketat, hari ini kata nak berubah pakai baju kurung dan tudung labuh..tiba- tiba esok berubah kepada free hair dan hotpants.

semalam 
 A: eh, aku ingat nak berubah lah. Asyik pakai macam ni je.
B: bagusnya kau nak berubah


hari ini
A : Assalamualaikum kawan- kawan!
B dan rakan - rakan : Wa'alaikumsalam ukhti! ( bagusla A dah berubah )

esok
A: yo beb! pe cer?
B dan rakan- rakan : err ( eh, dia da berubah? )

Memang senang je nak berubah, tapi sejauh mana istiqomah kita apabila kita ingin berubah ke arah kebaikan?
Kalau arah kemaksiatan tak payah cakap la...memang istiqomah sokmo..hoho

Berubah mudah, istiqomah itu yang susah.
Memang pun.. sebab itu bukan saja memerlukan keimanan yang teguh, tetapi juga memerlukan kekuatan dari dalam diri kita sendiri. Kita berperang habis- habisan dengan nafsu kita, kita lawan combat dengan environment yang tak menyokong perkembangan kita. Kita cuba dan cuba.

Dugaan untuk menjadi lebih baik atau dengan lebih tepat perubahan demi mendapat keredhaan dan cintaNya memang sukar. Jalannya berliku penuh duri, ombak besar menerjah barangkali tsunami pu melanda. Ingat lagi pada seorang sahabat yang menasihati aku;

" Benteng untuk ke jalan Allah memang banyak dan besar- besar, jangan elak sebab kat depan kita nanti pasti akan ada benteng lain. Selalu mengelak takut membuatkan kita muak dan jenuh mengelak. Akhirnya takut kita berpatah balik. Sebaliknya, kita rempuh saja benteng tu, hancurkannya. Pabila bertemu benteng baru, kita sudah punya pengalaman menghancurkan benteng, makanya tak sukar untuk menghancurkan benteng lain yang akan datang. Kita membina kekuatan dalam usaha itu. Berusahalah. Ini jihad .
Ganjarannya cukup besar. "

Betul tu. Kita lihat kini, berapa ramai yang dari tudung labuh kepada hotpants? Berapa ramai dari keluarga warak menjadi cultural shock? Jangan dipersalahkan mereka. Betul, memang mereka ada laaa salah juga sebab tak teguh dengan iman mereka, tetapi kita ni.. kita juga bertanggungjawab dalam menjayakan situasi mereka tu. Kita kenalah banyak mendekati mereka, pimpin tangan mereka dengan lemah lembut dan penuh senyuman. Ingat, Islam itu agama yang penuh dengan kasih sayang.

Semua kita perlulah beristiqamah dan sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik. Allah melihat usaha, bukan outcome. If you work hard enough, the outcome will follow.

p/s : ingatan ini khas untuk kawan- kawan yang dalam misi untuk berubah termasuk CKB. CKB sendiri kerap terpencong dari jalan dia lalui, tapi InsyaAllah.. mampu berpatah balik ke jalan yang lurus itu semula. JOM!

4 comments:

gabanMorka said...

kata org jepun lak, KAIZEN! bermaksud, continuous improvement.
skit demi skit improvement ke arah kebaikan

CKB said...

chaiyok!

Adi Wahab said...

article yg sgt2 mantap...truskan menulis camni...ok?

CKB said...

okeh InsyaAllah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails