Setelah hampir 2 tahun aku bermastautin di universiti tercinta aku ni, aku rasa aku telah belajar sesuatu.
Pada awai pertemuan, kita akan kawan ja dengan semua orang. Masa nilah kita semua nak berkenalan ye dok?
Tak kenai maka takdak la cinta. Waktu ni waktua biasa la orang- orang semua jadi hipokrit sat sebab semua tak kenai kan. Kena la kejap pakai topeng muko sat. Dah rasa ngam sekepala gitu, barulah keluar segala isi pati diri sebenar. Orang kata waktu ini transition stage. Masih dalam adaptation stage.
Lepaih tu, agak-agak dalam setahun la kan.. barulah masing- masing menjelaskan belang- belang kat tulang belakang depa. Mulut gila tak ingat tak cover mintak kaki menapak ja kat muka, perangai hampeh talam dua muko, dapat jatan besaq sikit teruih berubah jadi besaq kepala. Pa diaaa ni derr??
Hahaha, biasaq la tuhder.
Tula namanya asam garam kehidupan. Sebab tu kalau kita nak berkawan, kita kena tengok dulu orang tu camna.
Memula kita diam ja and tengok ja rentak depa tu lagu mana. Laser? Celupaq? Lembut? Sotong? Macho? Gentleman? Gedik? Poyo? Haaa, hampa klasifikasikanlah sendiri naa.
Lepaih kita dapat agak- agak rentaq depa, kita ikut la sekali rentaq depa. Pepatah pun ada habaq mai kan, "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengucap la ( eh? )"
Dah agak-agak kita boleh sekepala, kalau kita nak cuba ubah dia.. kita kena la cucuk pelan- pelan. Contohlah sahabat kita ni mulut dia punyala celupaq tahap mintak selipar kan.. kita tegur la elok- elok. E.g:
sahabat : awatlah hang ni lambat sangat pickup? Bukannya payah sangat algebra nuh. Otak ada buat pekasam pa?
Aku : ....
sahabat 2: Ahaha, sengal hang ni. Tak baek der hang cakap lagu tu. Depa mungkin tak pandai algebra je, yang hang tu tak pandai basuh pas berak lagi pa diaaa.. Otak manusia Allah cipta lain- lain der.
sahabat : ..... ( muke shock insaf )
Lebih kurang lagu tuh la. Kadang- kadang kita kena pandai manipulate orang. Cuba kenai dulu depa tu camna, baru kita leh masuk cucuk. Benda ni gua takleh ajar, u all kena belajar sendiri. Lebihkan pemerhatian dan kurang percakapan. Nescaya you all akan dapat belajaq benda ni. Tapi provided you all bukak la otak hampa luas-luas, jangan narrow minded sangat and asyik nak orang ja dengaq cakap hampa.
Tapi, kalau depa tu di tahap tak boleh diselamatkan, macam da teruk gila mulut celupaq tahap sakit gila hati
baik hampa tinggalkan ja orang lagu ni. Kalau dalam ilmu neuropsychology, keadaan ni dipanggil "Escape- avoidance coping" in one of the ways in coping with stress.
Hang takmo stress, hang lari jauh2 naa.
selamat berfikir, dan selamat beramal!
Kawan dan sahabat itu berbeza. Hampa carilah sendiri apa bezanya.
Ni homework nih!
p/s: hampa jangan tunjuk hampa tu baguih sangat, orang naek menyampah tau!
No comments:
Post a Comment