Pencanting tegar

2/12/11

Mencari valentine

Hari ini 12/2/11
Semua couple sangat excited dan eager gila untuk menyambut Valentine's Day. Mungkin banyak buah koko yang perlu dikisar hari ini.

suwit.

Sekalipun banyak yang sudah diuar- uarkan betapa haram sambutan ini.


Nampak poster di atas? Alah, aku pasti kau dan kau juga KAU buat- buat tak nampak. Barangkali jika tersinggah ini blog kau terus tekan "X" dekat hujung kanan belah atas tetingkap kau. Itu pun kalau kau singgah ini blog. Tipikal.

Tak banyak yang aku mahu conteng di sini. Semua sudah tahu, sudah jelas, cumanya mereka masih lagi menegakkan benang yang basah.

Hari Valentine atau nama Melayunya Hari Kekasih. Kau sangat sayang kekasih kau pada hari ini saja nampaknya. Esok lusa atau mungkin hari ini, kau tipu dia. Dating dengan orang lain. Tak mengapa, hari itu tidak spesial.

Hari ini hari kekasih, esok putus kasih.

Hari ini juga merupakan hari popular bagi pihak JAIS jika anda tinggal di kawasan Selangor. Semua ahli JAIS barangkali akan keluar membuat rondaan. Mungkin anda akan menerima lawatan mereka. Siap sedia dengan IC dan muka tebal 10 inci.

Hari Kekasih = Hari basah. Eh, bukan. Hari pegang- pegang dan basah. Lucah? Mungkin.

pegang- pegang dan basah.
Mungkin kau macam mereka.
Kot?


p/s: berbanggalah jika anda masih single di usia remaja ini

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails