Salam alaik buat pembaca tegarku sekalian,
derr..lame gile tak hapdet. Takde mood ah..nak BW pun malas. Trafik aku makin teruk. Ah, takpelah. Aku masih ade PTPTN. Terima kasih kerajaan Malaysia!
Tochee tochee
Gong Xi Fa Cai! Shengri kuai le! Happy New Year!
*******************
Sepanjang seminggu aku berada di Terengganu, aku bersyukur berjuta- juta kali setinggi- tinggi nya kerana mendapat keluarga angkat yang cukup baik.
Berita di TV3. Melaporkan tentang keadaan pelajar di Mesir yang sedang haruk pikuk itu. Pelajar- pelajar selamat dibawa ke Malaysia. InsyaAllah, semua selamat.
Berita ini sedikit sebanyak telah menggoncang jiwa ' zon selamat' aku. Betapa bersyukurnya aku berada di Malaysiaku yang aman damai. Namun, pernahkah kita terfikir?
Sampai bilakah 'zon selamat' ini akan selamat? Satu hari nanti, tercatit kemas di dalam Al- Quran bahawasanya dunia nan indah ini akan hancur lebur ,menjadi debu- debu. Dan kita? Jasad terpisah dengan roh, hancur berkecai menjadi zarah sebesar oksigen mungkin.
Akhirnya, aku dikejut kembali. Bangun! Bangun!
Termamai aku dibuai dunia. Terlentok aku dengan rayuan nafsu. Astaghfirlahala'zim..
Malu! Kecewa! Nak baham pintu! Rawrr!!
Aku terjaga di bumiNya. Tersedar kenyataan aku bukan pemilik kekal tubuh ini. Melihat tangan penuh palitan dosa. Melihat mulut penuh darah bersisa. Terpaku kaki melangkah ke mana.
Sesekali mata memandang menembusi ruang waktu. Cuba melihat diri di padang sana. Apakah keadaan aku baik? Atau sebaliknya? Apakah aku berjaya atau jatuh kecundang?
Syukur kembali ku punya teman yang tak putus- putus mengingatkan aku. Bangun! Bangun! Kau masih belum terlewat! Cepat kejar masa yang ada!
Terasa rendah ketika berada dalam kumpulan taklim.
Terasa kerdil berdiri di sisi mereka yang alim.
Terasa sedih tika membandingkan diri dengan mereka.. sedih, cukup sedih.
Mari kawan- kawan. Kita kembali bangun. Bangun mengejar Dia!
Bangun menerjah pahala!
Bangun berlari ke syurga!
Tolong! Kita bangun!
Dunia sudah tenat!
Dunia tunggu masa kiamat!
Cepat sebelum terlewat!
Kita segera bertaubat!
Kerana Allah sentiasa ada untuk kita.
^^
No comments:
Post a Comment