Salam semua.. harini aku nak serius sikit..( sikit je )
Kita semua tengok kan macam mana sekarang kalau oranng bosa2 berjuang kan?
ok, kita imbas kembali perjuangan UMNO kepimpinan Dato' Onn Jaafar ( DOJ )dulu eyh
berdasarkan ilmu sejarah Form 5 aku yang semakin berkarat ni.. dulu DOJ asaskan UMNO untuk mengembalikan hak penduduk Tanah Melayu. Then Tunku Abdul Rahman memerdekakan TM. Dengan Perjanjian London and so on so off. Aku rasa korang pun tahu kan so tak payah lah aku bukak kelas sejarah pulak kat sini.
Kembali semula pada zaman sekarang. Kita tengok eh orang2 swkarang berjuang macam mana..
Kalau kita komplen la ape2 kan.. mesti lambat kan effect dye.. tapi bile nak pilihanraya je... wa cakap sama lu..memang cepat ah..
aku tak spesifikasikan kat mana2 parti eyh. bagi aku semua pun sama je.. lagipun aku belum 21 tahun lagi..belum layak mengundi..hehe
Kita tengok pulak ucapan2 wakil2 rakyat kita tu.. fer..ayat memang tahap komsas la wa cakap sama lu.
Tapi, benarkah..apa yang mereka perjuangkan itu adalah untuk rakyat? Atau sekadar untuk melebarkan lagi kawasan punggung mereka?
Hey, jangan mudah menuding jari taw. Mana2 parti pun asas mereka ditubuhkan aalah untuk membela kepentingan rakyat mereka.. tapi itu adalah ASASnya..
Sayang sekali setiap parti itu telah dicemari dengan orang2 yang mementingkan diri sendiri. pastu, banyak pulak tu orang yang jual ikan ni..dorang buat rumpun sendiri dalam parti.. rekrut orang ramai2..gunakan nama parti untuk perjuangkan hak rakyat..KONONnya lah.. dapat untung..share la sama2 kan..
Sekali lagi aku taknak la cakap parti mana2.. sebab aku tak sedia lagi nak sokong mana2..tunggulah umur aku dah sah untuk mengundi nanti eh? heh..
Sifat FANATIK dalam parti itu yang sebenarnya merosakkan nama parti tersebut.
"Sokonglah parti Q..anda akan majuuu"
" Sokonglah parti X..hidup anda terjamin"
Hey2... sila selak balik terjemahan Al- Quran dan hadis2..apa sifat2 yang perlu ada dalam seorang pemimpin?
1. Bertaqwa kepada Allah
2. Adil
3. Berjuang untuk rakyat bersungguh2
4. Tidak mementingkan diri
and so on..
Jadi, tak kiralah mana2 parti pun yang memerintah..sifat2 ini memang WAJIB ada pada seorang pemimpin.
Kalau rasa ade kurang or slack mana2..pi menuntut balik..
Pastu, imbas balik pemimpin kita yang dulu2.. sapa nak jadi menteri semuanya orang yang bijak2..yang memang pro la dalam pentadbiran ni..
tapi sekarang? pandai ayat sikit dah leh jadi orang2 besar.. ape ni?
Semua orang tak perfect..bukan semua benda kita tahu kan..so... janganlah angkat hidung dongak ke langit je..
sesekali pandanglah orang bawah dan jangan segan belajar..
rasa sedih sebenarnya tengok pentadbiran camni..semua sibuk nak nama mereka terpateri kat dinding emas dan besi..
tapi percayalah..bukan semuanya macam ni..dalam kelompok hitam.. pasti ada minoriti putih yang senyap
dorang buat je keje dorang... masih ada yang baik..masih ada yang bertanggungjawab.. Alhamdulillah..
so... korang2 ni..anak2 muda..jangan terlalu obses dalam berpolitik.
jangan bertumpu kepada satu medium saja..satu punca saja.. dengar dari pelbagai pihak..rujuk kembali Al- Quran dan Hadis Sahih.
InsyaAllah..Allah akan tunjukkan kita jalan yang sebenarnya.
Allahumma ameen.
No comments:
Post a Comment