Pencanting tegar

11/7/10

Aku seperti mereka, tapi aku bukan mereka.

Aku mempunyai gandingan pasangan kromosom sebanyak 22 bersama XX.
Menjadikan aku seorang hawa sama seperti mereka.
Ya, aku seperti mereka, tapi aku bukan mereka.

Suaraku halus seperti mereka, tapi bicaraku mungkin berbeza.
Tuturku lembut seperti mereka, tapi penggunaan kata mungkin berbeza.
Pemikiranku hampir serupa dengan mereka, tapi perspektifku mungkin berbeza.
Pakaianku seakan mereka, tetapi gayaku berbeza.

Aku punya angan- angan, sama seperti mereka.
Majlis perkahwinan yang indah bersama dayang- dayang mengiringi,
Tetapi sejauh mana ketegaranku menginginkannya, berbeza.

Aku suka lelaki,aku mahu berkahwin dengan seorang lelaki.
Tetapi lelaki yang bagaimana itu berbeza.

Aku kau lihat serupa mereka, tetapi tidak sama.
Bahasaku mungkin tidak seindah A. Samad Said,
tuturku mungkin tidak seelok Siti Nurhaliza,
Bicaraku mungkin tidak semolek Fida Aisyah,
Namun aku jua tidak sekasar Pink mahupun Lady Gaga.

Aku hanya manusia biasa
Tidak punya apa- apa kuasa,
Aku bukan seperti yang kau rasa,
Sungguh, aku berbeza.

Aku cuba untuk perbaiki diri,
berdakwah dengan cara tersendiri,
Mungkin tiada hamparan maksud Al- Quran dan hadis di blog ini,
Percayalah, niatku murni.
....
....


....



......


Aku mempunyai gandingan pasangan kromosom sebanyak 22 bersama XX.
Menjadikan aku seorang hawa sama seperti mereka.
Ya, aku seperti mereka, tapi aku bukan mereka.


4 comments:

♥ 미스 kiera ♥ said...

ferari 2
santekk!!


btw..

do folow me yeah?

http://owlkieranaa.blogspot.com

tq~

CKB said...

ehehe..angan2 bio tggi..=)

Anonymous said...

Ni sajak ke??

gud..kita punya pendirian sendiri..

bergerak untuk jadi yang lebih baik...


-AFA-

CKB said...

a'ah..sajak. sje2 buat.hehe

InsyaAllah. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails