Tadi masa aku tengah bosan2 baca farmako bab CVS Drugs, aku terbaca artikel tentang Imam Muda. So, aku surf la internet pasal diorang. Pastu tiba2 mata aku terpaku dengan gambar teman hidup Imam2 Muda kita ni.
Aku rasa agak ketinggalan la sebab banyak blog dan artikel yang telah disiarkan pasal dorang ni but aku ni baru nak post. Takperla, tak masuk final exam pun. Hehehe
Cakap banyak tak guna, layan gambar.
Nurhusna, 23 isteri Imam Muda Asyraf.
PERGH! cun gile beb! Ala2 Heliza muke dye.
Nama seperti yang tertera,23. Ni lagi cun. Persis Arab.
Sweet gile dengan tudung labuh, senyuman manis. Alahai.....
Okay, korang dah tengok kan isteri2 depa? Pergh, cun! Solehah! Sesungguhnya kecantikan seorang wanita itu lebih terserlah bersama imannya. Hurm, betullah tu. Tak guna muka cantik tapi perangai macam kambenk. Ahaha
Apa yang aku ingin bahaskan di sini bukanlah kecunnan isteri2 atau suami orang ni. Nangeh air mata darah pon takkan dapat sebab dorang dah kena cop awal2 dah. Huhu
Kecantikan seorang wanita itu... letaknya di mana?
Adakah di wajahnya? Bodynya? Rambutnya? Atau........ imannya?
Di sini, menurut perspektif manusia yang tampaknya semakin jahiliyah ni, lebih menafsirkan kecantikan seorang wanita itu berdasarkan betapa dalamnya lurah buah dadanya, betapa banyaknya angle lenggok punggungnya, betapa mulusnya kulitnya serta betapa lembutnya rambut dia. Bahasa yang kasar tak apa. Carut marut maki hamun tu bahasa ibunda. Tak solat takpe sebab dia ABC memanjang.
Jadi, bagi memenuhi perspektif aneh ni, banyaklah wanita yang terpedaya dan mula menunjukkan hampir 70% tubuh mereka kepada umum. Pastu pose macam2 gaya. Macam ayam pulak. Kan kalau kita beli ayam kat pasar biasanya dah togel kan? Pastu kita beleh2 ayam tu nak tengok elok or segar ke tak kan? Cam serupa jep. Hahaha
Dari apa yang aku lihat, gadis yang bertudung labuh, berpakaian sopan, bertutur lembut seolah semakin pupus. Siap ada yang cultural shock lagi. Malah, the public would give them 'one look' while they strolling around. Why? They aren't aliens. The people would alienate or isolating them and keep a distance from them. Ada 'stigma' sarcasm kalau dengan orang2 baik bertudung dan berpakaian sopan ni.
Sarcasm? Where that they come from? It won't be a sarcasm if you tak terasa. You akan terasa kalau you salah. So, rasa salah... berubahlah! Napa nak kutuk mutuk kata dorang ni kuat perli la, sarcasm la. ( tetapi saya tidak juga menolak terdapat sebahagian kecil golongan seperti ni bersifat sarcasm dan kuat perli. Sifat ini harus dijauhi. Bertuturlah dengan perkataan yang baik )
Kecantikan seorang wanita itu datang dari dalam. Dari imannya. Dari effect cintanya dengan penciptanya. Dari taatnya dia kepada syariah. Aku juga bukan seorang baik. Ye, I'm not a pious girl. Aku juga manusia biasa. Tapi setiap dalam diri kita pasi mahu berubah kepada yang lebih baik kan?
Berubahlah kalau begitu..
I'm on my way, and of course, the journey is tough. Bagi aku peluang untuk berubah. Bagi aku ruang untuk bernafas. Harga seorang wanita solehah itu lebih bernilai dari karton2 emas dan berlian.
Bila tengok Imam Muda tu. wujud rasa jealous dalam diri. Jealous? kenapa? Sebab tak dapat kahwen ngan dorang ke? Hahaha.. Takdelah. Tapi jelous dengan kegagahan dan kesabaran dorang. Gagahnya mereka melawan arus hidup demi Allah. Sabarnya mereka menempuh dugaan demi syurga.
Pernah tak korang2 sume berangan nak dapat suami yang soleh? Ala2 imam muda lah. Ada kan? Elleh, tak nak ngaku lak. Takpe, aku ngaku. *angkat tangan tinggi2*
Aku pasti setiap dari kita mahukan seorang lelaki @ wanita yang soleh dan solehah.
Ok, aku nak masuk topik lain jap.
*****
Aku punya seoran sahabat. Ynag terlalu memikirkan soal jodoh. Umurnya hampir 30 tahun. Takdelah tua sangat bagi seorang lelaki kan? Tapi dia selalu dikecewakan dan pastu asyik cari perempuan lain i mean berusaha untuk mencari teman hidupnya. Aku harus akui, dia seorang yang baik dan bekerjaya tetapi apalah nasibnya begitu. Sringkali dikecewakan. Sekarang dia sangat kecewa hingga malas nak fikir pasal soal jodoh and perempuan. Macam... giveup tau.
So, aku punya nasihat di sini.
Allah telah menetapkan siapa jodoh kita. Cumanya, dengan cara apa yang kita mahu ambil yang berbeza. Mahu diambil dari jalan syariat atau maksiat, orangnya itu juga.
Janganlah sampai malas nak fikirlah.. apelah..
Kita kena fikir juga.. I mean.. get prepared on how to be a good husband and father. Be a better muslim. Dari cara itulah kita bersedia. Ambil pengetahuan tentang alam perkahwinan menurut syara'
Jadi, takleh gak malas2 fikir. kan?
Don't give up yet, we have long way to run.
Our journey is tough.
So get yourself fit enough.
Untuk mendapatkan yang terbaik,
kita perlulah menjadi yang terbaik.
Dalam soal mencari jodoh yang soleh/ solehah,
bukan dengan cara MENCARI
tetapi dengan MENJADI
Semoga Allah bekalkan kita kekuatan dan kesabaran dalam menempuh liku2 hidup ini.
Ameen.
7 comments:
suke!!
MENJADI sblm MENCARI~:))
:D. sama2lah kita brusaha. InsyaAllah
alhamdulillah..terbaeeek!
Alhamdulillah.. ^.^
Alhamdulillah...bagus2..
moga kamu salah seorang dari nye..
--AFA--
ameenn..thnx!
The articlе features establiѕheԁ necessarу to me persοnаlly.
Іt’s quite educatiоnal anԁ уou're simply obviously very well-informed in this region. You get popped our face to be able to varying thoughts about this specific subject together with intriquing, notable and sound written content.
My blog buy Valium
Post a Comment