Pencanting tegar

3/28/10

suke = x suke??


sudah lama rasanya aku tidak berbahasa indah..
tiba- tiba sahaja aku merindukan guru Bahasa Melayu ku, Pn. Arkiah..segala metafora, personafikasi serta hiperbola yang pernah dipelajari dalam Komsas dahulu..
ternyata kini sudah berkarat kerana jarang sekali diaplikasikan penggunaannya..

aku terbaca satu artikel dalam blog kawanku

suka VS x suka tajuknya

di sini biarlah aku menghuraikan pula tajuk entri ku kali ini

suka = x suka??

  pernahkah anda menyukai seseorang? saya tidak tahu anda bagaimana tetapi saya tahu saya pernah dan sedang menyukai seseorang..hehe

apabila kita menyukai seseorang... seolah2 mata kita ditutup untuk segala kelemahannya. kita hanya melihat kebaikannya.. tidak perlu bercakap, bermesra...cukup sekadar senyuman dari si dia sudah mampu mencairkan hati dan membawa kaki untuk menari lincah di atas awanan.
pelangi indah mewarnai dunia hidup tatkala satu mesej "hai" masuk inbox.

kadang2 kita mampu untuk menjadi stalker semata- mata untuk mengetahui segala rentak hidup si dia...
mungkin paparazzi juga boleh..hehe
u search everywhere anything related to him
kadang2 lagu yang dia suka pun menjadi kegemaran kita sedangkan lagu itu pada sebelumnya begitu kita protes.
bagitu hebat kuasa perasaan ini mampu menguasai segala kewarasan akal serta pengaturan emosi semakin terumbang- ambing apabila berkait saja dengan si dia.
kita begitu bimbang jika dia ditimpa masalah
di kala dia dalam kesedihan kita jua terasa sebaknya
jika si dia tersenyum gembira...kita juga begitu gembira terlonjak2 ke sana dan ke sini
bimbang sekali andai hatinya terluka
risau sekali jika kata- kata dan perbuatan kita menghiriskan perasaannya

namun
dalam kerisauan tersebut
dalam kebimbangan itu
dalam kita begitu menjaga hatinya
sebenarnya secara senyap perasaan itu menjadi parasit kepada hati kita sendiri
perasaan itu secara automatik melukakan hati kita
berhiris2 tanpa disedari
tahu2 saja air mata mengalir
luka di hati berdarah bernanah
walaupun ianya hanyalah satu kesilapan kecil
satu pembohongan kecil
mampu menghiris sedikit demi sedikit hati ini
kadang2 perkara yang paling kita tidak suka itulah yang orang yg kita suka itu lakukan

jadi benarlah equation aku

orang yang kita suka = gemar buat benda yang kita tidak suka

andai kau tanya pada aku...apakah perkara yang paling aku tidak suka?

aku tidak sukakan pembohongan.
walaupun ia hanya sekadar untuk gurauan
aku tetap bencikan penipuan
tidak kiralah sekecil manapun

pembohongan tetap satu pembohongan

aku selalu percaya pada kejujuran
tidak kira betapa pahitnya kenyataan itu
ianya lebih baik daripada manisnya penipuan
kerana manis gula akhirnya membawa kepada penyakit diabetes
tetapi pahitnya peria terjaga kesihatan diri

hehe..nukilan semata- mata 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails