mengapa di kala orang luar yakni orang kafir sedang meneliti makna Islam
kita masih ternganga- nganga mengagumi kebebasan orang Barat?
mengapa di kala orang kafir semakin ramai menganuti Islam
kita masih seperti orang- orang di zaman Jahiliah?
mengapa di kala orang luar sedang mengagumi nikmat Islam
kita masih tidur membiarkan nikmat itu seperti angin lalu
terpandang aku akan langit nan luas membiru
terbias padanya cahaya matahari yang memanah
terik panasnya menggigit kulit wajah
menyilaukan mata
mengalirkan peluh membasahi muka
betapa agungnya ciptaanMu ya Rabb
tidaklah pula jatuh langit- langit itu
tiada pula tiang yang meneguhkannya
di kala malam menjelma
kelamlah langit itu
dihiasi pula dengan sinaran cahaya bintang- bintang yang berseri
mengelilingi bulan purnama
oh, indahnya malam ciptaanMu ini
tiadalah terjangkau dek pemikiran kami
mencipta dunia seindah begini
tapi masih ada yang tidak mengerti
atau mereka sebenarnya tidak mahu mengerti
keagunganMu ya Allah
kejahilan kami sekalian manusia
menghitamkan corak dunia yang indah
kekejaman merosakkan ciptaanMu
apalagi yang mereka mahu??
diberikan nikmat
dikufurkan pula anugerah
tidak cukup membuat alam menangis
kini merobek pula kanak- kanak yang tidak berdosa
menghentam wanita yang sememangnya lemah
menolak si tua tersungkur duka
apalagi yang kamu mahu??
mengapa begitu mudah tersungkur?
mengapa begitu mudah untuk kamu tunduk?
kepada nafsu dan permintaan Syaitan?
bangkitlah
bangunlah wahai manusia
bangun sebelum segalanya terlambat
menangislah bertaubat
aku bukan berlagak alim
bukan jua berlagak baik
cuma peringatan buat diriku juga
manusia sememangnya mudah lupa
No comments:
Post a Comment