Pencanting tegar

1/24/10

kata2 pujangga

apalah yg diharap pada kata
kerana kata - kata itu berbisa
bisanya mampu membinasa
binasa lah badan dan hati kita

apalah yg diharap pada janji
janji hanya tinggal janji
janji yg kerap dimungkiri
akhirnya nanti merana diri

apalah yg diharap pada cinta
apalagi cinta manusia
yg tidak ada kekalnya
melainkan cinta pada yg Maha Esa

apalah yg dibimbang masa depan
semuanya telah ditentukan
Qada' dan qadar itulah pegangan
namun usaha dan tawakal tidak ketinggalan

apalah guna pengetahuan
jika ianya bukan amalan
sekadar menjadi hiasan
dan jua penarik perhatian

apalah gunanya tinggi ilmu
jika perangai busuk menusuk kalbu
mengguris hati setiap individu
bodoh,bahlul cacian di situ

fahamilah kita kepentingan ikhlas
ikhlas dalam setiap task
bg membentuk peribadi yg kemas
umpama lautan dipenuhi emas

tetaplah kita kepadaNya
suatu kepastian yg nyata
menyenangkan kita hidup di dunia
dan InsyaAllah di alam sana jua

janganlah dihukum kerana kekurangan-ku
kerana ini hanyalah satu- satunya peluang untukku
untukku berkongsi ilmu
bukan tabik yg aku perlu

~hasil coretan kreatif pemilik blog ini~
puisi ini adalah hak cipta terpelihara
fuzzyme~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails