Pencanting tegar

9/1/09

merdekakah kita?

baru sebentar tadi aku meneliti butiran informasi malaysiakini.com

beristighfar sebentar setelah aku membaca isinya.
apa la nak jadi dengan masyarakat kita ini?

pada bulan Ramadhan ini pun masih nak berdemonstrasi sana sini?
come on la...kita kan rakyat Malaysia..apa la salahnya bedrtolak ansur sikit.

tanah di Seksyen 23 tu bukannya tertakluk kepada kawasan orang Melayu dan muslim sahaja..
walaupun mereka adalah golongan majoriti..
tapi golongan minoriti perlulah juga diambil kira kerana mereka masih rakyat Malaysia..

adalah tidak keterlaluan jika dikatakan hanya negara saja yang merdeka tetapi mentaliti individu rakyatnya masih di takuk lama yang sempit..


sedarlah wahai kalian..kalau ya pun nak menegakkan agama dan bangsa..
ada jalannya..ada caranya..
bukan begini..
lagi-lagi dalam bulan mulia yakni bulan Ramadhan..


lagi satu..jika kita lihat anak2 muda zaman sekarang ni..
masih dijajah dengan pengaruh barat.
pakaian singkat2,ketat2,padat2
semua nya tak cukup kain...

budak sekolah rendah pun dah pandai mencarut dan cakap bukan2..
haih..takut tengok mereka..
nanti bila besar jadi apa pun tak tahu.

harap kita sebagai masyarakat yang masih sedar akan jati diri kita ini dapat membantu mengurangkan masalah besar ini..




haiz..
sabar ajela

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails