Pencanting tegar

9/3/09

cintacintun couple


Layakkah kita mencintai manusia lain??

hmm...bagi aku sudah tentu kita layak untuk mencintai sesama manusia. Namun yang menjadi salahnya ialah apabila kita terlalu taksub mencintai seseorang sedangkan kita harus sedar yang perasaan suka,kasih dan sayang haruslah diungkapkan kepada yang berHAK.

CINTA MANUSIA HARUS KEPADA...

1) ALLAH YANG MAHA ESA:

"Tidak akan ada di dalam hati cinta kepada ALLAH sekiranya dalam hati sudah terlebih dahulu ada cinta kepada manusia"


Cinta dalam hati manusia seharusnya ditujukan khusus dan suci untuk mencintai ALLAH YANG MAHA ESA. Bukan setakat dengan perkataan yang mengakui cinta kepada ALLAH namun haruslah dizahirkan dengan perbuatan. Kita seharusnya mencintai ALLAH dengan sepenuh hati kerana kecintaan ALLAH kepada hambanya begitu besar sehingga tidak mampu ditandingi oleh cinta sesama MANUSIA.

2) AGAMA:


Cinta manusia juga haruslah diserahkan kepada agama. Jika kita cinta akan agama sudah tentu semua perkara yang kita lakukan tidak terpesong dari jalannya. Mencintai agama membuatkan kita sentiasa patuh dengan perintah ALLAH dan hukum syarak.

Mencintai agama juga membuatkan kita punyai rasa jihad FISABILILLAH dan juga melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar. Siapa lagi yang akan melaksanakan tanggungjawab dalam mentarbiyahkan masyarakat jika bukan kita yang bergelar khalifah di muka bumi.

3) IBU BAPA & KELUARGA:

Tidak terbalas jasa mereka kepada kita. Cinta kita haruslah ditujukan kepada mereka. Kita dilahirkan atas dasar CINTA, dibesarkan juga kerana CINTA, dididik juga atas dasar CINTA, dikasihi juga adalah kerana CINTA.

Disebabkan oleh rasa cinta yang mendalam, insan yang bergelar IBU sanggup menelan pahit dan kesakitan semata-mata umtuk melihat zuriat yang dikandungnya selam 9 bulan 10 hari. Disebabkan cinta, Si Ayah sanggup membanting tulang bagi melihat Si Anak memperoleh kesempurnaan dalam kehidupannya. Seharusnya mereka punyai hak merasa nikmat cinta dari kita pula.

4) PASANGAN:


Namun, tidak dinafikan manusia akan punyai rasa tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengan dirinya. Namun harus diakui kita masih punyai jarak yang membataskannya. Jika benar perasaan cinta, kasih , dan sayang itu suci seharusnya perasaan ini hadir disebabkan CINTA YANG MAHA ESA.

Jika benar cinta itu suci tujukanlah hanya kepada yang berHAK. Maka, jika punyai pasangan, segeralah berkahwin kerana itulah tanda CINTA dan bukannya dengan berduaan,berpegangan tanpa ikatan yang sah.

wallahualam...


artikel di atas aku cilok dari iluvislam.com

setelah membaca artikel berikut..aku berfikir sejenak..
selama ini, kasihnya kita kepada bukan muhrim kita itu adakah diredhai?

kita lihat sekarang..musim berCOUPLE2..
aku pernah terdengar org kata couple ni haram
sejauh manakah haramnya couple ni?
persoalan ni selalu berputar dalam fikiran aku.

dulu..aku pun pnah la gak kan terlibat dalam couple2 ni..
mse tu mmg aku trtanya2..haram meh couple ni?


hurm..
ini hanyalah berdasarkan buah fikiran aku saja..
bagi aku..berkasih sayang sesama manusia tidak salah..means..couple tu x la salah kan
juz that bile da couple tu

da start raba2 sini sana..pegang sini sana..
dedah sini sana
maka barulah jadi haram.
bagi aku..selagi hubungan tersebut membawa kita ke arah yang lebih baik dan sentiasa leh update diri kita dengan iman kita terhadap tuhan..insyaallah..hubungan tersebut diredhai.

apa yang selalu aku harapkan adalah..aku bertemu dengan seorang lelaki yang mampu membuatkan aku sentiasa beringat dengan untuk meneguhkan pegangan agamaku
tapi zaman sekarang ni laki2 camtu bukan saja susah nak cari..malah cam xde je..minoriti btul!

aku bukanlah seorang yang warak atau alim sangat..
cuma berharap ada seorang yang boleh memimpin aku ke arah yang lebih baik..
insyaallah

hehe



2 comments:

mummy Kh@yla said...

heheh ye ke tak de??
ada lagi...
hehhe ni mesti nak macam ustaz aidil ni..kuat tul pengaruh Nur Kasih..Macam Fahri AAC tak nak??

CKB said...

mesti arr..
fahri x nk..dye kawen dua..buekk
muahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails