Pencanting tegar

10/31/17

Menggantung Harap, Menimbus Kenangan


Perasaan depresi menujah hati, tapi pada siapa kan di adu selain dari pemilik hati?

Tiada yang memahami, terlalu banyak rahsia dipendam, tak mungkin tercerita semua. Dan siapakah yang patut disalahkan?

Acap kali menyalahkan diri, hampir tertimbus dek depresi. Namun, Allah Yang Maha Memahami. Dia memujuk hati. Air mata yang mengalir, seolah terpujuk dibelai. Nak di luah, takut dicop gila, tidak diluah sudah hampir menjadi gila.


Allah. Aku keliru kerana diri sendiri. Semua yang diimpi hampir saja Allah beri, cuma hati ini, Allah uji. Jika goyahnya hati, maka aku minta pada Pemilik Hati, Tenangkan ia. Jagalah hati.


Kerana kita semua, akhirnya ingin ke Syurga. Harap harapnya, tiap tangis dan derita, Allah sabarkan kita, Allah semakin sayang akan kita, Allah jaikan asbab kita ke Syurga.


Setiap dugaan, yang rasanya lebih, adalah hati. Terlalu banyak rahsia, akhirnya memakan diri.


Moga Allah, sebaik baik penolong kita.



Usaplah air mata, sujudlah ke sejadah, menangislah semahunya di sini. Moga kita tidak menangis  'di sana'.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails