Pencanting tegar

3/5/16

#Makeup Review: Olay Moisturiser


Pasti ramai yang masih tercari- cari pelembap muka kan? Ingat ini pelembap muka tiada kena mengena bagi mereka yang lembab otak.

Bagi aku Olay merupakan kawan baik aku dari sekolah lagi. Aku mula pakai Olay Moisturiser seawal usia 15 tahun sebab dulu aku sibuk dengan aktiviti kawad kaki segala jadah hitam ireng kulit menggelupas so aku cuba pakai Olay mak aku.

Turns out, Olay ni takkan memutihkan kau. Hahaha. Tapi yang pasti so far InsyaAllah ianya akan melembapkan kulit dan mengembalikan warna kulit kepada asal walau kau dah sunburn pun.

Sekarang ini ada banyak sangat produk dan orang berpusu- pusu beli sebab nak putih. Aku pun tak terkecuali. Dari kolagen sampai skincare aku pun pernah cuba tapi akhirnya muka aku macam bulan terbakar. Akhirnya aku menangis berlari- lari ke pangkuan Olay.

Bagi yang harapkan kulit jadi putih Snow White, Olay bukanlah jawapannya. Olay ni buat kulit nampak naturally glowing dan yang bestnya Alhamdulillah memang jarang aku kena jerawat apa je pelik pelik kat muka walaupun aku jenis malas pasal skincare. 

So sapa geng pemalas durjana pasal kulit tapi gedik nak kulit flawless boleh cuba Olay. Harganya bagi aku taklah mahal macam SKII dan ianya mampu dimilki bagi golongan pertengahan macam aku. 

Teksturnya macam oily sikit so kau tak payah tepek banyak sikit sikit sudah.

So tu je pasal makeup review kali ini aku akan review lagi barang lain akan datang. Toodles!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails