Pencanting tegar

10/19/15

Terima kasih

Pelbagai onak kita tempuhi dan kali ini adalah antara lambungan ombak besar yang mencampak kita jatuh ke bawah batu di pinggiran. Tidak lemas cuma menggigil sejuk.

Aku yang penuh angin emosi taufan amarah dan ribut sayu selalu melempang lempang jiwa kau yang tampak gagah namun lembut di dasarnya. Kau tahan. Kau sabar.

Masakan aku masih mahu meninjau orang lain sedangkan kau sudah cukup menyempurnakan aku?

Bukan penebat api aku yang aku maksudkan, tetapi sentiasa menjadi sinar walau kadang kelam gelap untuk aku. Kau bukan siapa siapa. Tapi hanya kau yang aku mahu.


Dan doa di hati lidah serta anggota senantiasa selari setiap hari. Walau selalu juga terjelepok ke tanah lumour dan tahi. Tapi aku tak nak putus asa berdoa. Kerana aku tahu Tuhan sentiasa ada untuk alu. Kerna Dia Maha Pengampun.

Dan kerana Kau Maha Pengasih, makbulkanlah doa kami. ;)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails