Pencanting tegar

9/4/12

Melaung yang jauh

Aku lebih senang berborak dengan mereka yang jauh. Kerana dia yang jauh, lebih dekat di hati.

Tak semestinya yang duduk di sebelah boleh fahami dan mampu bertahan tegar dalam jatuh susah kita.
Kadangkala, mereka lebih menyakiti.

Walau keluarga selalu jauh di mata, mereka juga yang aku laungkan.
Walau dia sebatu jaraknya, dia juga yang aku luahkan.
Walau Allah tiada nampak secara fizikalnya, Dialah juga yang aku selalu rintihkan.

Kerana... mereka yang jauh di mata itu, lebih terasa dekatnya di hati, berbanding mereka di sisi, tapi hati begitu jauh. Kerana dinding yang mereka bina sendiri. Malas nak panjat tinggi2, takut jatuh terluka.

Ya Allah, damaikanlah hati ini, tenteramkanlah jiwa ini, permudahkanlah urusan kami.
Ameen Ya Rabbal A'laminn.

p/s: melaung yang jauh, kerana yang dekat terasa lebih jauh.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails