Kisah hari Jumaat lepas.
Macam biasa, kelas mula antara pukul 8.30 atau 9 pagi. Cuaca pagi ini cantik, tak hujan. Betullah, waktu Dhuha yang cantik dan indah.
Hari ini merupakan hari keempat aku berjalan kaki ke Bangunan Yayasan Selangor (BYS) dan merupakan hari kedua aku berjalan kaki seorang diri. Dengan T-Shirt, jeans, kasut Crocs serta backpack kotak-kotak ungu, aku rasa tak ubah macam budak sekolah yang selenge. Haha. Peduli apa!
Nawaitu yang penting!
Hekceli, takut jugak jalan sorang- sorang ni. Pakai MP3 dan jalan. Hari ni, aku tak rushing. Malas nak tergesa- gesa. Aku jalan dengan penuh lenggang kangkung menikmati udara pagi yang sejuk dan mendamaikan.
Tak dinafikan terdapat muka- muka Mat Bangla, Mat Hitam dan segala jenis Mat sepanjang perjalanan aku ke BYS.
Tapi, aku yakinkan diri aku. Dunia ini milik Allah. Sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinanNya. Jadi, hanya Allah sebaik- baik pelindung aku. Dalam hati aku cuba tanamkan, " Ya Allah, lindungi hambaMu ini."
Sepanjang perjalanan, suara Maher Zain dan Hafiz Hamidun mengetuk- ngetuk gegendang telinga. Lepas tu, suara Ustaz Kazim pula. Ceramah tentang wanita. Sesekali aku tergelak sendiri. Ya, seorang diri. Aku rasa orang- orang yang tengok aku barangkali fikir aku gila. Kehkehkeh.
Cahaya matahari menyilaukan mata namun membelai lembut kulit pipi. Matahari berselindung di sebalik menara Celcom, tapi cahayanya membias ke langit dan menerangi pagi indah hari ini. Aku wonder, adakah aku seorang saja yang perasan dengan keindahan pagi ini?
Semua orang sibuk berkejaran untuk pergi kerja.
Ya, pagi yang cukup indah. Allah begitu pemurah. Semua orang dapat menikmati keindahan pagi ini. Jahat, baik, jahil, alim. Semua!
Bagaimana lagi kita tidak mahu bersyukur?
Dengan limpahan nikmat dan rahmat dariNya,
sudah cukup bersyukurkah kita?
dan ya, itu baru nikmat waktu pagi.
No comments:
Post a Comment