Pencanting tegar

11/14/11

Kepada 'dia' yang aku nak tujukan

Hari ni macam lengang, tapi taklah lengang sangat.
Datang pagi- pagi menghadap kuiz neuro. Demm. Kepala aku berdenyut- denyut. Letih. Atau pening tak dapat jawab mungkin? Malam tadi baru menggelupur buka buku Trombly yang sebesar buku Yellow Pages. Menelaah sampai pengsan urat mata. Tak mampu dah. Penat di Taman Cendana menghakis tenaga study aku. Tidur ajelah.

Hari ni, aku rasa semacam. Rasa sakit kepala. Rasa mengantuk macam tak cukup oksigen. Kadang tertanya juga, aku ada masalah ke? Entahlah. Terlalu banyak perkara yang bermain di kepala. Main merry- go- round. Kadang- kadang macam berharap pula agar aku pengsan tiba-  tiba. Tidur sepuasnya dan bangun menjadi cerdik pandai. Haha. Ternyata mimpi memang indah. Lol.

Aku pasti, kalian sama ada bloggers atau sekadar pembaca blog yang tegar akan alert dengan blog- blog yang hebat penulisannya umpama Terfaktab. Blog ni memang best. Kalau kau ada maslah cinta, boleh baca. Mungkin ada tips yang kau boleh praktikkan. Cubalah.

Tapi aku tak nak cakap pasal blog tu. Aku nak cakap pasal blog lain. Tak perlu aku sebut nama nya, tapi aku harap penulisan aku yang tak seberapa ni dapat memberi input yang berguna.
Terutama kepada penulis.

Dear penulis blog yang aku nak cakap ni,
Sungguh aku harus akui yang penulisan kau cukup menarik minat aku. Seninya, puitisnya, maksudnya mendalam menusuk jauh ke dalam jiwa. Cukup rasa nya.
Cerita cinta kau cukup menarik. Maksud aku, ya.. cerita yang kau novelkan itu. Aku sudah baca di blog kau. Menarik. Cukup menarik.
Cara kau mengulas topik- topik semasa memang bagus. Taraf sasterawan lah bagi aku yang buta seni ni.


Cuma,
Aku kurang setuju dengan cara kau berbicara tentang sesuatu berkaitan dnegan agama kita, Islam. Cara kau mengolah topik berkaitan dengan agama kurang bernas caranya. Mungkin akan ada yang pandang serng pada kau. Tak tahulah mungkin aku tak cukup berseni untuk memahami maksud sebenar kau cuma dari apa yang aku faham  ianya seperti kau sudah  terpesong. Sikit.
Aku tak mungkin dapat fahami kau.
Sebab aku pun tak kenal kau.
Aku cuma tahu kau melalui penulisan kau. Sahaja.
Rupa kau pun aku tak pernah tahu. Tak kisah pun.

Kadang- kadang, tak semua benda kau boleh kaitkan dengan ideologi kau. Kita hanya manusia biasa, dude.
Biasa betul ni. Even seorang wali juga tak tercapai tahap pemikirannya yang jauh- jauh tu. Kau harus malah wajib tahu semua yang kita ada ini adalah dari Allah Yang Maha Bijaksana.
Siapalah kita untuk mempersoalkan segala yang ditentukanNya?
Kalau semua benda mahu dikaitkan dengan ideologi kau sendiri, memang boleh pecah otak kau.

Aku tak peduli orang nak kata apa. Atau si penulis nak marah aku.
Aku suka baca blog dia.
Pendapatnya kadang- kadang jauh sangat tak terfikir dek kepala aku.
Cumanya, tang agama.
Belajar bagi faham dulu.
Basic- basic tu jangan lah nampak sangat longgarnya.
Keyakinan pada Allah itu tanamkan hingga ke dasar hati mu.

Setiap sakit ada penawarnya kecuali mati.
Kalau hati sakit kerana cinta, maka cinta lah pengubatnya. Dan raja segala cinta adalah cinta kepadaNya.
Kalau kepala sakit kerana stress, maka paracetamol lah ubatnya. ( selalunya )
Kalau iman kita sakit, maka ibadahlah pengubatnya.

Hati- hati bila bicara soal agama. Takut salah caranya, tak pasal ada orang lain terpesong kerana penulisan kita.

Aku tak tahu dia notice tak blog kecil aku ni. Tak harap sangat dia notice pun. Cuma aku harap para pembaca sekalian, teguhkan iman anda. Jangan terima bulat- bulat dari apa yang anda baca.
Aku juga banyak khilafnya.
Betul ni. Jujur dari hati aku.

7 comments:

Saiazuan said...

hmm bab islam ni kna ada surah2 dan pengtahuan yang kuat tuk sokong hujah kita..

saya said...

uish.mcm dsat jer.

CKB said...

zuan: ilmu, kefahaman semua tu penting supaya kita x guna ideologi sndiri semata2. setiap hujah kita harus disertai dgn fakta dari Al- Quran As Sunnah


saya: boleh thnlah. sapa terer leh teka blog mana?heheh

Shukri Mohd Ali said...

betul tu. sekarang ni orang main terima je apa yang diorang baca. sedangkan Islam menggalakkan umatnya mengkaji. adeh.

CKB said...

heh. baca satu. trus telan. mcm tulahh.huhu

ctk said...

betul tu..ct pon kadang2 isau lau nk membincangkan soal agama..tkot org xsetuju...spe ae blogger tu...nti ct cari..hihi

CKB said...

cer2 cari. kehkehkeh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails