Entry kali ni agak serius dan kurang santainya, so enjoy lah.
*******************
Dia sayangkan aku. Aku tahu tu. Boyfriend aku ni leh tahan lah hensemnya, tapi aku tak kisah semua tu. Yang penting, hati dia baik. Dia tak pernah tinggal solat. Aku percaya, dia lah calon suamiku yang aku cari selama ni.
Kadang- kadang rasa benganglah jugak. Selalu sangat maki hamun, pernah ada sekali tu dia pukul aku sampai lebam lengan aku. Sedih! Tapi lepas tu dia akan pujuk aku. Dia akan belikan aku hadiah dan minta maaf. So, perasaan bengang dan sedih tu dah terubat.
Dia selalu kata, dia tak nak sape2 sentuh aku. Dia suruh aku jaga maruah aku bila keluar dengan member2 laki lain. Hehe..kan dah cakap dia ni baik orangnya. Masa birthday aku, dia hadiahkan teddy bear n bunga ros sambil nyanyi lagu birthday kat aku. Sweet kan? Dia peluk aku dan cium pipi aku. Malunya! Hehe
Satu hari, kami keluar malam. Jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. Ish, takkan aku nak balik rumah waktu macam ni?? Mampus kena pelangkung dengan mak aku. Jadi kami sewa hotel. Tapi kami tak buat apa2!
Erm.. entah macam mana, kami terlanjur. Astaghfirlah! Apa kami dah buat ni??? Aku ketakutan.
2 bulan kemudian, aku dapati aku sudah mengandung. Ya Allah!! Aku khabarkan berita ni kepada si dia. Si dia punyalah terkejut dan tanpa berfikir panjang dia suruh aku abort. Aku taknak!! Aku nak baby ni....
Tapi dia ugut aku macam2... jadi, akhirnya..kami abort jugak.
Sekarang ni..dah hampir setahun kejadian tu berlalu. Dan kami masih kapel. Tapi perasaan tu tak macam dulu. Walau macam mana pun.. aku tak boleh kehilangan dia..aku sayang dia..dan aku tahu dia sayang aku. Tapi, tulah. Dia selalu maki hamun aku pastu nak pukul- pukul pulak. Bila ajak kahwin, dia kata takde duit. Yelah, student lagikan. Tapi sampai bila?
********************
Erm, bagaimana kita nak tahu yang si dia kesayangan kita tu sayangkan kita?
1. Dia akan menjaga maruah dan melindungi kita. Dia akan pertahankan kamu walaupun membabitkan nyawanya sekalipun demi melindungi maruah dan agama.
2. Dia tidak akan sekali- kali menyentuh kita. Kerana dia terlalu sayangkan kita, jadi dia taknak kita buat dosa bila bersama dengan dia.
3. Dia akan menasihati kamu jika kamu membuat kesalahan kerana dia terlalu sayangkan kamu.
4.Sekalipun dia sanat jeles dan marah terhadap kamu, dia akan memilih untuk berdiam diri atau berbinxang dengan kamu secara aman. Tidak akan sekali- kali memaki hamun apalagi memukul kamu. Kerana dia tiada hak ke atas kamu.
- Sekiranya dia sanggup untuk memaki hamun, pukul kamu dalam keadaan kamu masih belum halal untuknya, fikirkanlah.. apa lagi yang dia mampu lakukan sekiranya dia sudah menikahi kamu.
4. Dia akan mengambil kamu dengan cara yang mulia. Cuba untuk percepatkan pernikahan. Kerana dia takut jika melakukan dosa lalu menarik kamu sekali untuk buat dosa.
pesanan penganjur: fikir- fikirkanlah wahai kaum hawa sekalian. Oklah, korang dah buat dosa tu. Tak leh buat ape dah kan.. korang nangis air mata darah pun bukan leh undur balik. Cara yang terbaik adalah bertaubat dan lekaskan pernikahan. Namun, sekiranya si dia kamu itu adalah seperti lelaki dayus dalam cerita di atas, fikirlah banyak2 kali. Bincang dengan keluarga. Adakah kamu mahu jadikan lelaki seperti itu sebagai pemimpin kamu? Sanggup bunuh anak sendiri, sentuh kamu yang belum halal untuknya.
Beristikharah lah. Dah banyak sangat kes macam ni aku dengar. Risau aku dibuatnya.
Mintalah petunjuk dariNya. Jika dia tak mahu lepaskan kamu, ada dua kemungkinan saja.
- dia sayangkan kamu gila2!
- dia sebenarnya rasa bersalah dengan kamu dan dia takut dia kantoi.
Ada tiga jenis perkahwinan ni:
1. kamu bercinta kerana nafsu. Di sini, syaitan akan membisikkan seribu janji manis keindahan alam remaja percintaan dan menghembuskan rasa "konon- konon sayang" itu apabila kamu bersentuhan. lalu kamu kahwin. Perkekalan dan perkahwinan ini, biasanya tak kekal. Cara terbaik? Lepaskan dia dan carilah petunjukNya.
2. kamu bercinta kerana jin. Then kamu kahwin. Ini adalah hasil dari buatan orang seperti sihir, ubat pengasih, nasi kangkang dan sebagainya. Kamu meminta pertolongan jin untuk menjadikan si dia kesayangan kamu milikmu secara mutlak. Perkekalan dalam perkahwinan ini? Mungkin kekal tapi tak berkat. Cara terbaik? Bertaubat lah dan redha dengan qada' dan qadarnya.
3. Kamu bercinta kerana Allah. Kemudian kamu berkahwin. Kamu sayangkan si dia. Kamu takut kehilangan dia. Lalu, kamu membuat istikharah dan berikhtiar untuk menjadikan si dia halal buat kamu. Kamu mengambil dia dengan cara yang mulia dan hormat. Perkekalan dan perkahwinan ini? InsyaAllah kekal dan penuh barakah.
- jadi, mana satu pilihan anti?
Adakah kamu benar- benar pasti yang si dia sayangkan kamu? Atau sekadar menurut hawa nafsu?
Fikirlah demi masa depan kamu.
^^
6 comments:
really a nice entry ^^...
thank you. it's based on true story.
true stOry saper?
bukan saya. tapi orang sekeliling. semoga menjadi pengajaran dan iktibar kepada orang lain. sebar2 kan. ^^
dapat dari mana ye sumber 3 jenis perkahwinan. Boleh nyatakan sumber?.
xingatla..rse cm ade belajar dulu dr ustaz mse skolah.
tapi, dlm cerita "syurga cinta" ada dinyatakan.
maaf andai saya tersalah fakta. tolong betulkan saya.
Post a Comment