Pencanting tegar

11/16/10

Kata2 manis untuk awak =)

Salam ukhuwah ya akhi ukhti sekalian

Blog ini masih dalam keadaan semak samun lagi jadi harap abaikan ajelah ek..blogging tetap blogging..dah jadi hobi gua dah ni. =)

Dalam dunia ni kita akan jumpa dengan macam2 jenis orang. Ada yang muka ketat tahap komando, ada yang peramah, pemarah, sensitip dan macam2 lagi lah kan? Tapi hari ini aku nak cakap tentang manusia yang peramah dan sangat2 caring serta manis mulut.

Siapakah mereka ini? Biasanya orang2 begini terdiri dari kaum Adam..maaf ya..bukan diskriminasi ke apa..just majority of it are males.
Mereka sangat peramah.. mudah mesra dengan orang.. mulut manis... sangat caring dengan semua orang. Pasti orang sebegini sangat popular kerana keramahannya ditambah pula dengan aset wajah yang kacak dan bertubuh athletic pasti akan menjadi pujaan ramai wanita. Tapi, pada hakikatnya.. they just want to be nice to everybody. That's all. Fullstop. Tak ada niat untuk mengorat ( walaupun sebenarnya terdapat juga yang guna aset mereka ni untuk mengorat..test market ), tapi niat mereka telah disalahfahamkan oleh kaum hawa.
MENGAPA?
Kerana keramahan, kemanisan , kecaringan( ade ke ayat ni? maen sebat je aku..haha ) mereka.

Jadi, kemudiannya..berlakulah cornflakes konflik. Sepatutnya mereka adalah kawan, namun terdapat salah faham oleh kaum hawa. Jadi, adakah kaum hawa harus dipersalahkan? Adakah si Adam yang peramah ini perlu dipersalahkan? Jawapannya.. dua2 salah.http://www.emocutez.com

Lelaki - memang lah sifat peramah caring maring manis mulut adalah his natural character. Tapi, perlulah berpada- pada. Dalam pergaulan anatara jantina, Islam telah menegaskan batas- batasnya. Antaranya, ucaplah kata- kata yang baik dan jangan berlebih- lebih. Kiranya, lelaki ni kenalah tahu atau lebih sensitif terhadap perbualannnay dengan lawan jantinanya. Bukan apa, bimbang kalau- berlaku salah faham dan seterusnya menimbulkan fitnah pulak. Kan dah susah. Ingat, perkara yang terbesar di dalam dunia adalah fitnah wanita. Berpada- padalah dalam mengucapkan kata- kata manis. Seeloknya, biarlah kata- kata manis itu diucapkan kepada isteri kamu seorang.http://www.emocutez.com 

Wanita - Jagalah hati kamu ya ukhti..jagalah hati kamu. Andai kamu rasa kamu akan tergelincir dalam kata- kata si jejaka.. tahanlah hati kamu.. ucapkan istighfar dan berlalulah dari situ. Bukan apa, mungkin ada sesetengah lelaki memang ingin mencuri hati kamu dan sesetengah lagi hanya sekadar ingin mempermainkan kamu. Jadi, jagalah hati kamu. Jangan mudah terpedaya dengan setiap kata si jejaka. Jika jejaka itu seorang yang mulia, dia tidak akan sewenang- wenangnya berbicara manis sebegitu dengan setiap orang. Jika si jejaka mahukan kamu maka perlulah dia mengambilmu dengan cara yang mulia. Jadi, kaum hawa..relax ok..lepak sudah. http://www.emocutez.com 

1 comment:

Anonymous said...

nice~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails