Hari ini kita nak cerita pasal kasih sayang.
Aku ni jenis yang berkawan dengan semua orang.. aku tak pilih kawan sangat. Tapi kalau orang tu dah jahat tahap setan takkanla aku nak simpan buat kawan lagi kan? Hahaha
Bagi aku, aku kawan je..I'm universal. Yang baik kita ambil, yang buruk kita tolak. Lagipun sebenarnya, makin ramai kita kawan, makin besar perspektif kita terhadap kehidupan. Aku pernah berkawan dengan macam2 orang termasuk orang yang so called "happening" in their life. Kdang- kadang.. dan most of the time, kita akan pandang serong terhadap orang- orang ini. Dan orang- orang ini pun tahu yang orang lain pandang serong tahap 40 degree mencuram kat diorang.
Tapi, sebenarnya.. orang - orang macam rempit, skaterz, n kaki disko tu semua.. dorang ni baik sebenarnya. It's just, diorang tak tahu macam mana nak baiki hidup diorang. Kebanyakan mereka kurang mendapat kasih sayang di rumah. Hidup di rumah sangat menyakitkan hati lalu mereka mencari kasih sayang itu di luar. Dengan cara apa? Couple clash, couple clash, menari tak ingat dunia, angguk sana angguk sini, raba sana pegang sini. Perbuatan - perbuatan di atas telah menjadi definisi kasih sayang buat mereka melalui penterjemahan Barat.
Kenapa jadi macam tu? Haa.. sebabnya tak ada orang nak bantu. Family kucar kacir.. dorang tak ada tempat nak mengadu. Aishh... betul ke takde tempat nak mengadu? Itulah kita manusia, selalu lupa pada Dia. Allah SWT selalu je ada dengan kita. Dia tunggu je bila la hamba Dia yang sorang ni nak cari Dia.
Di saat kau rasa kau susah,
di saat kau rasa kau buntu,
usah kau usap air mata seorang diri,
mengenang diri tiada tempat mengadu,
mengenang diri tiada tempat mengadu,
kembalilah kepada Tuhanmu,
Kerana Dia sentiasa mendengarMu.
Tapi, biasalah manusia kan. Kita nak fast response sedangkan Allah takde direct conversation dengan kita. Dia akan wujudkan keadaan yang lebih baik untuk kita. Tapi bila? Itu yang manusia selalu tak sabar kan?
Sebenarnya, bila kita duk ngadu2 kat Allah, Dia bagi je fast response tapi takdelah macam manusia leh cakap2 dengan kita. Bagi good words kat kita. Sebab tiada sesuatu pun yang sama dengan Allah!
Jangan terburu- buru. Bukalah Kalam suciNya, ada banyak nasihat kat situ. Nasihat and all good words semua ada kat situ.. and it always there. Tapi kita kenalah cari. Allah suka pada hambaNya yang sentiasa mencari kasihNya. ^^
Bila kita ngadu2 kat Allah.. fast response yang Dia bagi adalah ketenangan. Dah pueh ko nangeh2 ngadu kat Tuhan..Tuhan akan wujudkan satu perasaan yang mendamaikan.. itulah ketenangan.. Dia memujuk hati hambaNya supaya bersabar. Tapi, kita tak sedar kan? Sebab kita terburu- buru.
Jadi, ingatlah kawan- kawan. Jangan fikir yang kamu sudah terus kehilangan kasih sayang itu. Allah sentiasa memberikan kasihNya pada hamba- hambaNya melalui nikmat yang diberikan. Tapi , kita tak pernah sedar.
Apabila kamu menghadapi satu kesusahan, anggalah ianya kifarah buat kamu. Kenapa? Supaya kamu redha dan bersyukur dengan nikmat yang kamu ada. Dan Allah akan memberi lebih kepada hamba- hambaNya yang redha dan bersyukur kepadaNya.
" Apabila kamu rasa susah untuk hadapi satu2 dugaan.. kembalilah kepadaNya."
^^
No comments:
Post a Comment