"Rizqi kita sudah tertulis di Lauhul Mahfuzh. Mau diambil dari jalan halal ataupun haram, dapatnya sejumlah itu juga. Yang beza adalah berkahnya. Jodoh kita sudah tertulis di Lauhul Mahfuzh. Mau diambil dari jalan yg maksiat ataupun jalan yg di redhaiNya, orangnya yang itu juga. Yang beza adlh rasa berkahnya."
^.^
Di sini ingin aku share tips2 mencari calon suami yang terbaik:
1. Pilih yang baik dan beragama – agama nie penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdelah pegangan dalam hidup, kan? Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama nie bukan sajer boleh memimpin dirinya sendiri, bahkan dia juga boleh jadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya. So, sebelum melihat kriteria2 lain, lihatlah dulu pegangan agamanya, okey dan boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak…
2. Cari yang sabar dan penyayang – semasa tengah berdating, mungkin you all dah dapat detect perangaiboyfriend korang kan? Penyabar ke atau pemarah? Cuba uji… misalnya berpura-pura buat bende yang dia tak suka ke, time tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah tahap cipan, sah2 dia panas baran. Jangan pilih lelaki camni cik adik oii, kalau tidak, seksa hidup ko nanti.
3. Jangan nilai pada rupa – ‘don’t judge a book by it’s cover’..ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya sajer! Sebab kecantikan luaran nie sementara ajer. Mungkin rupa si dia nie macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik. Kalau muka tu sehensem Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat aper, kan? Ingatlah nanti kalau kita tua, tua samer2. Kedut pun, kedut sama2 (melainkan ada salah sorang yang pakai botox…huhu :-) )
4. Hormat orang tua – sememangnya kite nak calon suami yang bukan saje taat pada mak bapak dia, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan? So, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kite pulak. Dia hormat ke atau kurang ajar?
5. Cari yang boleh mendengar dan mendidik – penting nie sebab kalau kita ada problem, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kite, betul tak? Bukan tu jer, kalau ada bende yang kite tak tau, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab2 agama. Jangan 2×5 sudahler…:-)
6. Lihat pada family dia – nie biasanya dipraktikkan masa zaman mak bapak kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semernya baik2 ajer, dapatlah ‘green light’…sebab ‘ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi’nya, kan? Mak bapak kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik…:-). So, nilailah betul-betul yer.
7. Pilih yang (ikhlas) sayang kat kite – maksudnya pilih jejaka yang betul-betul sayang kat kite. Jangan pulak pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia plak buat endah tak endah je kat kita. Ada jugak kes di mana si lelaki nie berpura-pura sayang kat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. So, kalau anda di dalam situasi di mana anda kena pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda… sebaik2nya pilihlah option yang kedua tuh…:-)
artikel ini aku share dari setelkahwin.com
haa, name pon setel kahwin kan?
hehe..interesting sungguh. =D
di sini aku juga ingin share doa bagi siapa siapa yang baru putus cinta sama ada kekasih tunang dan sebagainya,
bolehlah amalkan ayat di bwh ini.
Doa ini aku jumpa dalam buku yang abah aku beli yang bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.
Indahnya Islam.
Semua ada penawarnya. ^.^
Semua ada penawarnya. ^.^
2 comments:
assalamualaikum. wah3x. ini betul2 mau bagi settle nih. =)
ahahaaha
sje nk brkongsi
Post a Comment