Pencanting tegar

4/18/10

kahwin di usia muda.masih relevankah?


aku selalu berkata kepada kawan2ku
" aku rasa nak kahwinlah. syoknya ada suami. takdelah buat dosa "

bayangkan jika di usia yang baru mencecah 20 tahun anda telah dilamar oleh seorang lelaki untuk menjadi isterinya
pastinya terkejut bukan?
apatah lagi jika anda masih mempunyai komitmen terhadap pelajaran yang perlu diteruskan untuk jangka masa 3 tahun lagi
lebih memeningkan jika lelaki tersebut merupakan lelaki yang anda memang sayang dan anda pasti InsyaAllah dia bakal menjadi suami anda tetapi tidak pada wakktu terdekat ini

  *********

jika kita lihat orang dulu2..di usia seawal 13 tahun mereka telah dikahwinkan.
mereka igin mengelakkan maksiat maka dengan berkahwin mereka bukan saja dapat mengelakkan zina malah mereka boleh menjadi lebih matang atas komitmen dan tanggungjawab yang perlu dipikul

nmaun, di era zaman moden ini
maish relevankah kahwin awal?

bagi lelaki :

berdasarkan survey aku terhadap kebanyakan lelaki, mereka cenderung untuk kahwin awal kerana pertamanya mereka ingin mengelakkan maksiat dan menjaga pandangan mereka

selain itu isteri merupakan pendorong terbesar dalam kejayaan mereka.
segala keperluan baik zahir atau batin, semangat serta motivasi mereka dapat disempurnakan oleh sang isteri

ya, indahnya berada di alam perkahwinan.
sudahlah dosa maksiat dapat dielakkan, diberi ganjaran pahala pula jika berbuat baik dapat melayan pasangan 

namun jauh sekali berbeza pandangan bagi seorang gadis apalagi yang masih belajar

bagi gadis:

*berdasarkan survey serta menurut pandangan peribadiku sendiri

nikah di usia yang muda bukanlah sesuatu yang mudah
mungkin tidak menjadi masalah bagi mereka yang tidak punya komitmen terhadap pelajaran lagi tetapi masalah bagi mereka yang maish belajar sepertiku

bagiku.. tanggungjawab sebagai seorang anak yakni melaksanakan impian kedua ibu bapa mereka untuk belajar dan berjaya dengan cemerlang dan sebagai pelajar perlu didahulukan 
namun aku tidak menolak kemungkinan kehadiran jodoh yang telah ditentukan olehNya

menerima gelaran 'isteri' bukanlah sesuatu yang suka2
ia meeupakan perkara yang berat di mana seorang perempuan perlu memainkan 3 peranan

- anak
- pelajar
- isteri

apalagi jika dia pelru mengikut suaminya barangkali ke Sarawak andai lelaki itu bekerja di sana
apakah dia perlu memilih untuk berhenti belajar?

inilah soalan yang ingin ku ajukan kepada anda sekalian

anda diberi dua pilihan:
sanggupkah anda sebagai seorang perempuan, berkahwin di usia yang muda?
apabila komitmen anda sebagai seorang pelajar masih lagi dituntut?
untuk hidup bersama lelaki yang anda sayang
ataupun

anda melepaskan si dia
kerana ternyata anda tidak sanggup melepaskan pelajaran dan masa depan serta kerjaya anda
melihat ' dia ' berkahwin dengan orang lain
pastinya kahwin di saat ini bukanlah atas kehendaknya jua
ia adalah satu keadaan yang memaksa

pastinya merupakan satu pengalaman yang perit
andaberpisah bukan kerana tiada persefahaman
bukan kerana sesiapa curang
ya, bukan kerana sesiapa
tetapi atas komitmen yang besar yang tak bisa anda penuhi






*********

perit memang perit
tapi apakan daya

" Laa yukallifullahunafsan illawus a'ha.. " 

maksudnya yang berbunyi lebih kurang
" Tidaklah Allah menguji hambaNya dengan dugaan yang di luar kemampuan mereka "

sepotong ayat yang kupegang andai aku ditimpa dugaan yang berat
mungkin inilah dugaan buatku

*menyeka air mata yang tak malu meluncur*

atau mungkin balasan atas dosa2 ku yang lampau
ya Allah.. tabahkanlah hati hambaMu ini

temukanlah aku dengan jodohku dan kupohon biarlah dia dari kalangan orang2 yang soleh.

aminn

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails