Pencanting tegar

3/29/10

sifat2 suami pilihan


hari ini aku telah membuka semula buku soal jawab nikah yang aku beli hari itu
tidak habis baca kerana sibuk dengan urusan assignmnents dan study
almaklum final exam semakin hampir
bak kata orang Jawa "exam is just around the corner"
hehe

soalan: Bagaimanakah sifat- sifat suami yang seharusnya dipilih olehwanita untuk dirinya?

jawapan:

1. memiliki agama yang baik. Berdasarkan firman Allah SWT
    aku : ya..inilah ciri utamanya..tak kuharap imam masjid ataupun ulama yang hebat ilmu agamanya..mnjadi imam di rumah pun sudah cukup menyenangkan hati..=D

" Sungguh hamba sahaya yang mukmin itu lebih baik daripada orang musyrik yang menyenangkan kamu "
( Surah Al Baqarah : 221 )


2. memiliki hafalan Al- Quran. 
     aku : alangkah indahnya dapat suami yang hafiz. ayat Al- Quran cair di mulut saja.^.^

3. mampu ba'ah. ( mampu berjimak dan biayai pernikahan)
     aku : jadi sebenarnya kita digalakkan untuk berkahwin bukan semestinya dengan lelaki yang kaya tetapi    mempunyai kondisi ekonomi yang kukuh yakni punya kerja dan pendapatan yang tetap. Maka siapa2 yang rasa2 kerja lompat2.... jangan mimpi lah ya mahu sunting anak dara orang. harharhar

4.  lembut terhadap perempuan. Hal ini didasarkan pada sabda Rasulullah SAW tatkala berbicara mengenai Abu Jahm. " Abu Jahm adalah seorang yang suka memukul isterinya."
      aku: bukan layanan bagaikan permaisuri diharapkan..cumanya layanan lembut dan hormat sebagai seorang isteri dan wanita. Kami adalah wanita berjiwa lembut walaupun tampak luarnya kasar. Hati kami mudah tersentuh maka jagalah hati kami jua sepertimana kami mencuba untuk menjaga hati kamu. =)

5. menyenangkan isterinya tatkala melihatnya, sehingga tidak akan menimbulkan ketidaksukaan antara keduanya dan isteri tidak akan kufur terhadap suaminya.
     aku : tolonglah isteri tu sikit2 kat dapur..iateri pun penat juga..anda berkahwin bukan untuk semua urusan hidup; basuh kain,gosok baju,masak,buat kerja rumah blablabla dipikul seorang diri oleh si isteri. Anda berkahwin untuk saling melengkapi..saling menyenangi..saling berkongsi..maka kongsilah segala kegembviraan, kesedihan serta kepenatan bersama kerana itu adalah merupakan kenangan terindah buat anda kelak
^.^

6. Biarlah calon suami itu sekufu.
   aku : ya..ini adalah lebih baik.bagi mengelakkan salah sangka orang lain berkahwin kerana harta.

7. memilih lelaki yang boleh menjaga kesuciannya. Adalah makruh seorang anak dara menikah dengan seorang orang tua 80-an. Mungkin dia tidak mampu menjaga dan melindungi kehormatan isterinya dan memenuhi keperluan biologinya.
   aku : bukan menolah seruan jodoh, tetapi kan lebih baik memlih yang sekufu..umurnya,hartanya,statusnya
           kalau dah tua2 tu..janganlah mengidamkan gadis sunti melentik lagi..sedar2 lah diri ya

8. digalakkan untuk tidak memilih lelaki yang cacat.
    aku: hal ini bagi menjamin keturunan yang sihat walafiat..segar dan bertenaga dalam memperjuangkan hak diri, agama ,keluarga dan agama kelak.

9. memilih lelaki yang tidak mandul.Hal ini berdasarkan keutamaan dalam memiliki keturunan. kecuali jika terdapat faktor lain yang menyebabkan kemandulan tersebut.


ini adalah sebahagian isi kandungan buku tersebut.
ternyata sebenarnya besar tanggungjawab seandainya sudah menikah.
jadi... bak kata abah aku..bersedia dari sekarang

terima kasih kepada encik macho.. aku sudah tahu bagaimana untuk memberi jawapan kepadanya.
=D

wallahualam

2 comments:

Adi Wahab said...

Alhamdulillah..artikel yg baik..teruskan menulis..

CKB said...

belajar dari anda jugak
=D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails