Pencanting tegar

3/6/10

air mata lelaki

seringkali kita mendengarkan kenyataan bahawa

"lelaki sejati tidak menangis"

benarkah?
sedangkan Rasulullah S.A.W juga pernah menangis
adakah itu menandakan bahawa baginda bukan lelaki sejati?
oh, semestinya tidak

setiap manusia walau sekeras manapun hatinya pasti terdapat satu ketika dia pasti akan mengalirkan air matanya.

bagi aku seorang perempuan
yang memandang berdasarkan hati lembut seorang perempuan
aku sangat mudah menangis jika melihat ada lelaki yang menangis
kerana bagiku lelaki merupakan manusia yang tegar
keras hati dan sensitivitinya seolah- olah dipagari batu konkrit yang tebal
tidak mudah baginya mengalirkan air mata pada satu2 perkara

dan jika lelaki itu menangis,
pastinya perkara itu benar2 menyentuh hati kerasnya
apatah lagilah aku sebagai seorang yang sensitif
aku berasa terharu jika seseorang lelaki itu menangis kerana berasa bimbang kepada agamanya
keluarganya
dirinya dan semua orang yang disayanginya

aku lebih rasa ingin mengalirkan air mata jika seorang lelaki itu sebak kerana takutkan Allah,
bimbang andainya pegangannya goyah
sentiasa mengingati Tuhan dalam setiap perkara
Oh, betapa inilah lelaki yang sejati
inilah  lelaki yang mampu memimpin
inilah lelaki yang dicari

oleh itu wahai lelaki
janganlah kamu begitu mudah untuk mengalirkan air jernih dari matamu itu
kerana bagi seorang perempuan
air mata itu sungguh berharga
ia melambangkan maruahmu
menangislah kerana Tuhanmu, agamamu, keluargamu dan orang yang kamu sayangi

kerana aku sangat menghormati lelaki seperti ini

=D

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails