Assalamualaikum
Petang2 hirup udara tingkat 7 rumah flat di JB padda bulan Ramadhan ok jugak. Sambil- sambil taipkan lukisan hati yang dah tak tahu apa benda ntah.
Well, Salam menyambut Ramadhan kawan- kawan!
Pernah dengar ungkapan ini?
Kawan- kawan hanya dekat dnegan kita masa gembira dan senang saja,
Saudara mara bersama kita senang dan mewah,
Hanya keluarga saja bersama di saat susah senang,
Dan hanya Allah yang sudi mendengar rintihan hati yang kadang kala banyak merepek and overacting.
Apa? Tak pernah? Memang lah. Baru je cipta masa ralit menaip ni ha.
Lama tak berbahasa indah dekat blog ni. Tak lah indah manapun.
Indah bagiku sebab semuanya tulus dari hati.
Aku tak harap dijunjung, cukup dihargai.
Aku tak harap jadi komando, cukup dihormati.
Aku tak harap orang takut padaku, cukup sekadar didengari.
Mungkin kerana sifatku yang malas nak cari gaduh atau tinggi suara sebab once aku naik darah kau akan menyesal cari gaduh dengan aku.
Betul, memang kau akan menyesal.
Dan aku pun akan menyesal.. sebab naik darah.
Dalam kekalutan menghandle perasan yang berkecamuk dengan amarah, sesalan dan lara tak berkesudahan..
sempena bulan Ramadhan aku teringat kata- kata seorang akak usrah.
" Penuhilah bulan ini dengan ibadah. Bukan senang dia nak datang."
Aku buka lembaran Quran yang sudah ditanda.
Baca ayatnya, baca maknanya.
Masa baca Quran pun, hati masih tengah dalam bara. Mana nak dapat tenteram?
Allah Maha Baik. Dia pujuk hati aku. Hati yang penuh titik hitam ini. Hati yang selalu melanggar syariatNya. Hati yang selalu ingkar. Namun, hati ini jugalah yang Allah pujuk. Dipujuknya hati ini dengan ayat- ayat indahnya.
Surah AnNur ayat ke 22
Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Ya Allah, siapa tak suka kalau Allah ampunkan dia? Aku suka! Aku suka!
Kita mahu Allah ampunkan dosa kita yang mungkin sebesar dunia,tapi kita sendiri tak mamou nak maafkan kesalahan sebesar biji sawi manusia lain. Astaghfirlah.
Ampunkan kami hambaMu yang selalu lalai. Teguhkan hati kami dengan iman. Terangilah hati gelap ini dengan nur iman Mu.
No comments:
Post a Comment